Anak Baru Lahir Terlalu Manja Sehingga Ibu Tak Boleh Kerja? - Ini Tips2 YG Anda Perlu Tahu.


Soalan:

Saya sering melakukan sentuhan pada anak saya sebagai tanda kasih sayang antara kami. Apabila saya memeluk atau mendakapnya, dia akan memandang saya dengan senyuman. Akibat dari didikan saya, anak saya begitu manja. Dia sentiasa hendak dipegang dan tak mahu di letak. Hal ini menyukarkan saya untuk melakukan pekerjaan harian saya, sekalipun saya suri rumah. Apa yang perlu saya lakukan puan?



Jawapan: 


Pertama sekali mari kita definasikan anak manja atau 'spoil' ini. Ia bermaksud anak yang dicederakan karektor kanak-kanaknya akibat perhatian dan kasih sayang melampau. Contoh ciri anak manja?: anak-anak yang menjadi bos kepada ibubapanya, yang perlu dirayu atau dirasuah sebelum boleh memintanya untuk melakukan sesuatu, yang mementingkan diri dan yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, selalu mahukan apa yang orang lain ada.

Jadi soalannya: pada usia berapa anak itu SUDAH MAMPU dicederakan karektor fitrah kanak-kanaknya lalu bertukar menjadi raksasa?.

Faktanya: bayi kecil terutamanya yang dibawah usia 6 bulan MUSTAHIL dapat dimanjakan;


1. Pertamanya, kerana ibu pertama mereka iaitu alam rahim telah beri LEBIH dari apa yang ibu bayi itu sendiri dapat berikan tak kira berapa kuat ibu yang melahirkan bayi itu mencuba. Dalam rahim, bayi diberi makan 24 jam tanpa henti,tanpa perlu membuat bunyi apa pun. Selepas dilahirkan, bayi disusukan selang beberapa jam dan mereka harus 'meminta' sebelum disusukan. Dalam rahim, posisi fetal dan balutan dinding rahim membuat bayi merasa bagai dipeluk dan didakap 24/7 selama 9 bulan. Dalam rahim,bayi merasa dihayun sentiasa setiap kali ibu bergerak. Maka, jika ada mana-mana ibu didunia ini yang boleh memeluk,mendakap, menggendong dan mendodoi bayi mereka selama 12 jam tanpa henti dalam sehari pun, anda masih kalah dengan apa yang pernah rahim berikan.

2. Keduanya, bayi diusia ini mempunyai kawasan otak perlaksanaan (preforantal cortex) yang tidak matang serta 'inhibitory neurotransmitter' yang sedikit. Ia bermaksud bayi tidak dapat mengawal tindakannya apa lagi memahami sepenuhnya apa yang berlaku. Ia menjadikan, sebarang usaha mengajar atau mendisiplinkan mereka melalui tindakan anda seperti menghadkan respon kasih sayang kerana anda takut termanjakan bayi, adalah usaha yang sia-sia. Bukan saja ia kerja yang sia-sia, tetapi ia menyiksa bayi kecil yang masih bingung dengan pengurangan drastik semua nikmat alam rahim.

Maka, peluk,dakap,cium dan dukunglah bayi kecil anda semahunya. Semua ini adalah keperluan mereka dan bukan kemahuan semata-mata. Tetapi, bak kata mat salleh 'enough is enough'. Bayi kecil anda adalah individu hidup yang berevolusi. Maka, pendekatan kasih sayang anda juga haruslah disesuaikan seiring peningkatan usianya.

Bermula usia 6 bulan,bayi telah faham dengan konsep rujukan sosial. Iaitu bayi menumpukan pada eksperi wajah serta kelakuan penjaganya untuk memahami bagaimana dia harus berkelakuan pada setiap situasi yang berbeza. Maka,jika ibu itu adalah ibu yang kalut pada setiap rengekan dan tangisan anaknya lalu cepat-cepat mendukung dan mengangkat pada setiap masa,bayi akan faham bahawa adalah normal untuk dia dipegang dengan cepat dan kerap untuk merasa tenteram.

Namun, ia tidak bermakna anda harus tiba-tiba bertukar menjadi dingin terhadap anak. Ini kerana pada 20 bulan pertama usia bayi,akan berlaku 10 perubahan neuron yang drastik. Setiap perubahan ini bertujuan untuk 'upgrade' kemampuan otak bayi. Ia bermaksud, pada bulan ini,mungkin bayi faham bahawa objek di sekelilingnya adalah dalam bentuk 2D. Pada bulan depan, 'tiba-tiba' otaknya mula sedar bahawa objek-objek tersebut kini 3D dan pada bulan seterusnya, otaknya telah kini faham bahawa objek 3D itu semua boleh bergerak dan ada bunyi. Begitulah seterusnya sepanjang 20 bulan pertama ini. Lalu,dapatkan anda faham bahawa hari-hari yang dilalui cukup mencemaskan bayi anda kerana seoalah-olah pada setiap kali mereka terjaga, mereka bagai berada di planet lain. Kerana itu,kuat menangis, merengek dan mahu kerap 'melekat' dengan ibu itu adalah normal kerana disebalik semua kekalutan ini,cuma ibu yang paling mententeramkan. Maka, tidak adil untuk menganggap anak sebegini sebagai manja. Terma itu tidak sesuai untuk umur begini.

Pun begitu, apa yang perlu ibubapa terapkan pada usia ini ialah 2 perkara penting: menghadkan batasan serta beri ruang untuk anak percaya pada dirinya. Jika 2 hal ini tidak dilakukan langsung, ia boleh menyemai ciri manja dan kebergantungan pada ibubapa yang tidak diperlukan.

Tidak mengapa untuk melambatkan respon anda menjelang usia anak begini. Anak yang marah kerana putingnya terjatuh,atau tidak dapat mencapai mainannya atau yang bergelut untuk meniarap, tak perlu lah dengan gelabah dibantu. Ibu tak perlu juga bergegas mendapatkan anak yang mula menjerit bila menyedari ibunya telah beredar ke ruang lain. Cakap dengan kuat seperti: tak apa, mama angkat kain sekejap kat belakang ni: atau bernyanyi-nyanyi dan terus berbual dengannya walau anda sedang berada di bilik sebelah. Letak anak di kerusi makannya dan hadapkan dia ke arah dimana dia boleh dengan jelas melihat anda memasak misalnya. Tenteramkan dengan kata-kata terlebih dahulu atau singgah sekejap padanya jika dia mula menangis mahu didukung. Tak perlu dengan segera diangkat. Boleh juga alih perhatiannya dengan membuat bunyi semasa mencencang bawang dan mengetuk tepi kuali. Apa -apa sahaja yang boleh membeli sedikit masa sebelum anda perlu mengangkatnya. Tingkatkan masa yang ingin dibeli ini dari masa ke semasa. Anak akan akhirnya faham bahawa tidak perlu dia menggesa ibu pada setiap masa selama dia sedar ibu ada berdekatan. Jika ibu minat dan mahu mengamalkan menggendong anak,ia lebih memudahkan.

Akhir sekali, ibu perlu ada jangkaan realistik.Ada anak kecil dan berharap dapat masak dengan aman damai selama 2 jam itu tidak realistik. Ada anak kecil dan dapat masak untuk 30-45 minit itu barulah realistik. Ada anak kecil dan berharap baju berlipat bersusun setiap hari itu tidak realistik. Ada anak kecil dan dapat lipat,susun baju 2-3 hari sekali itu barulah realistik. Jadi kreatif dan rancanglah rutin anda. Dunia ibubapa yang harus disesuaikan untuk dapat masuk dengan kehadiran anak kecil dan bukan anak-anak kecil yang harus menyesuaikan diri untuk dapat masuk dalam dunia ibubapa.


Sumber.
Previous
Next Post »