(Info) Bagaimana Nak Aktifkan Simkad Celcom Yang Dah Expired.

Cara untuk mengaktifkan semula simkad yang telah tamat tempoh luput.

1. Sila telefon ke 019 - 601 1111

2. Pastikan samada nombor tersebut masih lagi atas nama sendiri ataupun pemilik baru dengan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pegawai khidmat pelanggan.

3. 3 soalan yang biasanya akan ditanya ialah nama penuh, no kad pengenalan dan jumlah kali terakhir tambah nilai.


4. Seterusnya jika nombor sim kad masih lagi berdaftar atas pemilik lama (anda) maka nombor berkenaan masih lagi boleh diaktifkan dengan mengikuti beberapa langkah susulan.

5. Sila ke Pusat Khidmat Celcom (Celcom Service Centre) yang terdekat dengan anda.

6. Bawa kad pengenalan bersama. 

7. Anda perlu membayar rm30.00 untuk mengaktifkan semula nombor lama.

8. Wang itu kemudiannya akan menjadi 'nilai topup' kad sim kad anda.

9. Anda juga boleh mendapatkan sim kad baru selepas berjaya mengaktifkan nombor tersebut.

10. Selewat-lewatnya anda perlu menunggu selama 24 jam bagi membolehkan anda menggunakan semula nombor tersebut seperti sediakala.

11. Jika nombor berkenaan telah didaftarkan atas pemilik baru, dukacita dimaklumkan anda tidak akan boleh mendapatkan semula nombor tersebut. Sila beli sim kad yang baru aje la.
Previous
Next Post »