Kenali Syiah Houthi : Mereka Ditindas Dan Apabila Melawan Mereka Dituduh Memberontak..

Syiah Houthi
SIAPA HOUTHI YANG MENYERANG MEKAH?
1. Laporan mendakwa puak Houthi yang menguasai Yaman telah melancarkan serangan peluru berpandu Scud jenis Burkan-1 ke Mekah pada khamis baru-baru ini.
2. Namun pihak Houthi mendakwa mereka sebenarnya menyasarkan lapangan terbang di Jeddah.
3. Awal bulan ini Houthi pernah melancarkan serangan ke Taif. Siapa Houthi?
4. Houthi telah wujud sekian lama di utara Yaman, berpegang pada mazhab Syiah Zaidiyah yang dikatakan antara yang hampir dengan mazhab Syafie (Sunni).
5. Houthi bangkit selepas sekian lama ditindas (dari segi ekonomi) oleh bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh yang JUGA merupakan seorang Syiah.
6. Selepas Ali Abdullah Saleh didesak berundur menerusi kebangkitan rakyat, pengganti beliau iaitu AbdRbu Mansour Hadi (seorang Sunni) yang menang besar dalam pilihan raya 2012 berhadapan tugas sukar untuk membawa kesemua pihak yang terlibat dalam proses pembentukan kerajaan. Tambahan pula dengan kemunculan semula Al-Qaeda.
7. Houthi pernah bersetuju untuk bekerjasama dengan Presiden AbdRabu Mansour Hadi namun menarik balik sokongan dan merampas kuasa pada awal 2015 apabila AbdRabu cuba bertindak membahagikan pentabiran wilayah Yaman kepada enam bahagian. Tindakan AbdRabu yang cuba untuk mewujudkan desentralisasi kuasa ini dilihat bakal memiskinkan lagi wilayah Saada Houthi di utara kerana bakal wujud kemungkinan isu agihan peruntukan kewangan yang tidak setara dari kerajaan pusat kelak.
8. Houthi yang kini dipimpin Abdul Malik Badruddin Al-Houthi (adik kepada arwah Hussein Badrudin al-Houthi) memiliki sejarah panjang di Utara Yaman. Mereka pernah memiliki pemimpin (Imam) sebelum bersatu dengan Yaman pada 1962. Kini sepupu Abdul Malik iaitu Mohammad Ali Al-Houthi menguasai pentadbiran Yaman. Houthi kembali bekerjasama dengan Ali Abdullah Salih.
9. Presiden AbdRabu Mansour Hadi kini mewujudkan ibu kota pentadbiran di Aden selepas kehilangan ibu negara Yaman, Sanaa kepada Houthi. Beliau bekerjasama dengan Arab Saudi sejurus selepas tiba di Riyadh sewaktu beliau terselamat daripada kurungan Houthi di istana Sanaa.
10. Houthi bukanlah golongan yang baru wujud selepas kebangkitan Arab, sebaliknya memang sedia ada di Yaman dan krisis telah pun bermula sejak tahun 2004 sewaktu era Ali Abdullah Saleh.
11. Siri serangan Houthi kini boleh difahami sebagai tindakbalas kepada tindakan Arab Saudi yang mengambil pendirian campur tangan ketenteraan (Operasi 'Decisive Storm') yang sudah pun mengorbankan banyak nyawa dalam konflik kuasa di Yaman sejak Mac 2015.
12. Iran didakwa telah menghantar pelbagai bantuan kewangan dan persenjataan besar-besaran kepada Houthi sejak 2004 lagi. Banyak kali bantuan persenjataan Iran disekat atau dirampas oleh pihak berkuasa Yaman (sebelum dikuasai Houthi).
13. Kempen Arab Saudi di Yaman turut berkait rapat dengan usaha Putera Mohammad Bin Salman untuk memposisikan diri beliau sebagai pewaris yang lebih layak untuk mengambil alih kedudukan sebagai Raja Arab Saudi selepas ayahanda beliau (Raja Arab Saudi kini).
Previous
Next Post »