Lihatlah Gambar-Gambar Mohannad, Satu Dari Jutaan Kanak-Kanak Yang Kekurangan Zat Kerana Perang Di Yaman. #Global

"Saya telah kehilangan sepupu pada hari ini dan saya tidak mahu kehilangan adik saya pula", kata Mohammed Ali. Mohammed Ali ialah seorang remaja yang berusia 19 tahun antara mangsa perang di Yaman yang berdepan dengan ancaman kebuluran.


Mohammed Ali, Yaman

Mohannad

Mohammed Ali menceritakan bagaimana adik sepupunya yang baru berusia 2 tahun telah meninggal dunia kerana kebuluran dan berharap adiknya tidak menerima nasib yang sama.

Ketika ini terdapat ribuan warga Yaman yang berdepan dengan krisis kebuluran akibat tersepit dalam perang saudara di antara kumpulan pemberontak Syiah Houthi dengan tentera kerajaan yang disokong oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Mohammed Ali tinggal di Wilayah Utara Yaman, kawasan yang dikuasai oleh kumpulan Syiah Houthi, dalam sebuah 'mud hut' (pondok yang diperbuat daripada lumpur). Yaman adalah negara arab yang paling miskin di dunia.

Krisis kebuluran di Yaman mula berlaku apabila kerajaan yang disokong gabungan Amerika dan Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pemberontak Syiah Houthi pada March 2013. Ia bertujuan untuk mengusir kumpulan pemberontak keluar dari ibu kota namun serangan tersebut gagal.

Sekatan kemudian diadakan bagi menghalang kumpulan pemberontak Syiah Houthi mendapatkan bekalan senjata dari luar yang mana akhirnya menjadi punca kepada krisis kebuluran di Yaman. Ini kerana harga makanan naik sehingga 60% yang akhirnya menyukarkan penduduk Yaman mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.

Walaupun tanpa perang, penduduk Yaman sebenarnya sukar untuk memenuhi keperluan makanan seharian dan perang memburukkan lagi keadaan.

Bapa Mohammed Ali bekerja di ladang manakala Mohammed terpaksa melupakan alam persekolahan dengan bekerja di kawasan pembinaan selepas peperangan tercetus. Sebelum perang tercetus mereka dianggap bertuah jika dapat makan daging atau ayam sekali dalam seminggu namun kini hanya ada ikan. Itupun begitu sukar untuk didapati dengan gaji yang beberapa dollar sehari. 

Diet seharian mereka hanya ada roti, nasi dan teh.

Pada awal bulan December 2016 yang lepas, Mohammed dan adiknya Mohannad, yang berusia 5 tahun terpaksa menempuh laluan yang jauh, panjang dan tidak selamat bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Ini berikutan keadaan kesihatan Mohannad yang semakin teruk. Mohannad pada awalnya mengalami cirit birit pada 2 tahun lepas namun kesihatannya semakin memburuk sejak kebelakangan ini. Keluarga Mohannad juga tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut UNICEF setakat ini sebanyak 2.2 juta kanak-kanak Yaman mengalami masalah kekurangan zat makanan. Dan dari 2.2 juta itu, 462,000 mempunyai sindrome Severe Acut Malnutrition (SAM), yang mana daya tubuh mereka lemah dalam melawan penyakit seperti cirit-birit dan pneumonia.

UNICEF setakat ini telah memberikan rawatan kepada 215,000 kanak-kanak Yaman yang mengalami sindrome SAM dan juga bantuan vitamin kepada jutaan penduduk Yaman yang lain namun mereka juga menghadapi masalah kewangan di mana dana semakin kurang disamping sukar untuk memasuki kawasan perang.

Perang di Yaman bukan sahaja mengorbankan ratusan nyawa rakyat yang tidak berdosa malahan klinik dan hospital juga turut dibom. Ini menyukarkan akses perubatan dan kesihatan kepada 24 juta penduduk Yaman. Sekurang-kurangnya 1,000 kanak-kanak Yaman mati akibat dari penyakit yang boleh diubati.

"Saya dapat melihat keadaan adik saya semakin tenat setiap hari. Tiada apa lagi yang mampu saya lakukan", itulah kata Mohammad Ali kepada wartawan.

Perang ini bukan membunuh Syiah Houthi. Perang ini membunuh kanak-kanak seperti Mohannad Ali dan jutaan kanak-kanak lain yang benar-benar tidak berdosa terhadap Arab Saudi mahupun Amerika.

Ditulis semula oleh SeMbangPress.
Sumber : Associated Press.
Previous
Next Post »