Defendant (Korean Drama) - Suatu Ulasan

Quick recap tentang pelakon dan krew filem.




Rugi sangat-sangat kalau tak menonton drama neh. Memang best. Ia berkisarkan tentang seorang pendakwaraya yang didapati bersalah kerana telah membunuh anak dan isterinya.

Namun yang peliknya, dia langsung tak ingat pernah membunuh anak dan isterinya. Dia takde memori langsung tentang apa yang telah terjadi pada malam kejadian sebelum ditahan dan didakwa membunuh oleh pasukan pendakwaraya.

Park Ji Sung sememangnya pelakon yang serba boleh. Dalam drama ini Ji Sung memegang watak sebagai Jung Woo seorang pendakwaraya yang cukup terkenal dan menjadi kepercayaan orang ramai. Bersih, jujur dan bebas dari unsur-unsur politik, Jung Woo naik dari kedudukan biasa hingga menjadi seorang pendakwaraya yang cukup disegani dikalangan teman dan lawan.

Namun segala-galanya berubah apabila berlakunya satu kejadian pembunuhan di rumahnya sendiri. Beliau dituduh membunuh isteri dan anaknya dan semua bukti di tempat kejadian menunjukkan beliau adalah satu-satu suspek dan memang telah melakukan pembunuhan tersebut.

Ketika ditahan polis dan disiasat oleh pendakwaraya, beliau mengakui telah melakukan pembunuhan namun satu demi satu kejadian aneh mula menyusuli selepas itu.

Selepas mengakui melakukan pembunuhan, Jung Woo hilang ingatan. Dan keadaan ini berterusan selama 4 bulan. Hilang ingatan > mimpi indah hari terakhir bersama anak dan bininya > hilang ingatan semula. Dan begitulah berterusan selama 4 bulan.

Hilang kawan dan peguam juga berputus asa untuk mempertahankan dirinya. Jung Woo kemudiannya nekad untuk bunuh diri kerana mempercayai beliau telah membunuh isteri dan anaknya. Kehilangan ingatan membuatkan beliau percaya beliau telah melakukan pembunuhan tragis tersebut meskipun tidak dapat mengingati apa-apa kejadian tentangnya.

Namun pada malam ketika beliau sedang bersiap untuk membunuh diri dalam penjara, secara tiba-tiba satu suara misteri dari sel yang sama bertanyakan soalan, "kenapa abang nak bunuh diri? Kenapa abang perlu bunuh diri? Abang kan tak bersalah dan melakukan pembunuhan tersebut? Saya yang buat kan benda tu.."

Dan disitu bermula sebuah misi untuk melarikan diri dari penjara selepas dia menyedari bagaimana dirinya telah terperangkap ke satu permainan orang-orang kaya dan berpangkat besar.. selepas melarikan diri, beliau nekad menjalankan misi membalas dendam terhadap apa yang tertimpa ke atas dirinya terutamanya bagi membela kematian isterinya..

Siri yang sepatutnya mempunyai 16 episode ini telah ditambahkan sebanyak 2 episode lagi melihatkan kepada sambutan yang ditunjukkan oleh peminat-peminat. Saksikan kesudahannya dengan menonton drama menarik ini.
Latest
Previous
Next Post »