Kenali Jenis-Jenis Influenza, Langkah Pencegahan & Penjagaan Kesihatan Serta Kaedah Rawatan.

Bilangan pelajar disahkan dijangkiti Influeza A (H3) atau selesema bermusim di Perak meningkat kepada 465 kes setakat jam 11.59 malam semalam, berbanding 438 kes dilaporkan kelmarin. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata angka terbabit termasuk kes terbaru 25 pelajar dijangkiti di Sekolah Izzudin Shah di sini. 

Katanya, berlaku pertambahan seorang pelajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang menjadikan bilangan keseluruhan yang dijangkiti di sekolah itu kepada 226 orang. 

"Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Teluk Intan turut mencatat pertambahan satu kes menjadikan 83 pelajar dijangkiti setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang semalam. (sumber : Berita Harian)

 
Apakah Influenza?

Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit. Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya membawa maut.
Tidak seperti di negara beriklim sederhana, di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak bagi influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun.

Adakah Virus influenza ini berjangkit?

Ya. Sangat mudah berjangkit dan merebak menerusi udara.

Jenis-jenis virus influenza

Tidak seperti di negara beriklim sederhana, di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak bagi influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun. 

Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya 

Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya 

Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak pandemik

Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku, bukan epidemik Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti atau populasi. 

Epidemik ialah penyakit yang menyerang ramai orang dalam komuniti sekali gus dan merebak ke satu atau beberapa komuniti. 

Pandemik apabila wabak merebak ke seluruh dunia.  

Tanda-tanda Dan Simptom Dijangkiti Virus Influenza

Tanda-tanda dan simptom Influenza adalah seperti : 

Demam 
Batuk 
Sakit tekak 
Sakit badan 
Pening kepala 
Sejuk 
Kelesuan 
Sakit otot dan sendi
Cirit birit (bagi jenis jangkitan H1N1)
Muntah (bagi jenis jangkitan H1N1)
Sakit abdomen (bagi jenis jangkitan H1N1)

Bagi kanak-kanak pula, perhatikan tanda-tanda berikut : 

Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat; Warna kulit bertukar kebiru-biruan; 
Tidak minum air yang secukupnya; 
Tidak bangun dan berinteraksi; 
Tidak suka dipegang dan asyik merengek; 

Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk; 

Demam dan beruam. 

Komplikasi Influenza A (H1N1)

Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan;

Kegagalan paru-paru 
Kegagalan sistem pernafasan 
Kematian 
Keadaan kesihatan kronik 

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza Ini? 

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan influenza jenis A (H1N1)

Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus influenza dari terus membiak di dalam badan anda. 

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius.

Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom). Namun sebarang ubat yang perlu diambil perlu mendapat pengesahan dan rawatan lanjut dari doktor yang bertauliah. Ubat-ubatan ini tidak boleh didapati di farmasi.

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Influenza Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain? 

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama. 

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari? 

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka. 

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan? 

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.  

Cara Mengatasi Wabak Influenza

Sebagai langkah berjaga-jaga daripada serangan virus Influenza dan mengelakkan ia daripada merebak;

Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. 

Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya. 

Basuhlah tangan dengan sabun dan air selama 15-20 saat dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. 

Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan 

Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini. 

Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti. 

Tinggallah di rumah dan dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda awal penyakit Influenza

Tingkatkan imunisasi tubuh. Sistem imun tubuh yang kuat mampu melawan serangan virus Influenza. Ia mampu membunuh virus Influenza yang berada di dalam tubuh kita.

Sumber rujukan : Website KKM, Harian Metro, Berita Harian, google (image).
Previous
Next Post »