Best Gila Beli Rumah Lelong.

"BEST" GILA BELI RUMAH LELONG
Anak muda yang teringin nak beli rumah lelong sebab harga murah, bolehlah baca coretan kat bawah ni. Kisah benar. Ini adalah cuma satu daripada macam-macam cabaran dan risikonya.
Alkisah, rumah teres dua tingkat dah kena lelong. Pembida menang dengan harga rezab sebab pada hari lelongan tu, hanya dia seorang je yang berminat nak membida rumah tu.
Pembida menang bawah 25% daripada harga pasaran. Rumah dilelong sebab ansuran bulanan tertunggak. Rumah dah extended dapur habis sampai belakang. Kos renovasi RM40K.
Owner rumah tak nak keluar. Pembida beli secara sah. Owner nak pertahankan rumah tu. Sebab dia dah duduk rumah tu 14 tahun. Biar hutang tertunggak, asalkan maruah tak tercalar gamaknya.
Dia sibuk cerita pasal maruah. Ejen lelong dah bagi cadangan supaya dia beli rumah apartmen kos sederhana berdekatan secara cash pakai duit lebihan lepas tolak baki pembiayaan.
Memang masih boleh dapat dengan harga bawah RM100K kat kawasan tu. Tapi, boleh pula dia kata, "Saya tak minatlah duduk rumah apartment. Saya nak duduk rumah landed 2 tingkat."
Dia seorang suami. Sebenarnya ego dia terlalu tinggi. Bukan nak cari solusi tapi bertindak ikut emosi. Apalah gunanya duduk rumah double storey, kalau ansuran tertunggak berkali-kali.
Kini dia masih di situ, owner baru pula menanti pengeluaran 90% baki. Kalau perlu, mungkin terpaksa potong air dan api. Keluarlah dikau dengan aman, mulakan hidup baru bersama famili. 
Nota 1 : Owner rumah lama yang dilelong akan dapat lebihan duit daripada harga jualan setelah ditolak baki pembiayaan dan kos-kos lain. Gunalah duit tu untuk perbaiki maruah CCRIS yang tercalar.
Nota 2 : Jika rumah tak berjaya dilelong kali pertama, pada lelongan seterusnya harga rezab akan berkurang sebanyak 10%. Contoh lelongan pertama harga rezab RM200K tiada pembida. Maka, pada lelongan kedua harga rezab adalah RM180K. Owner lama makin rugi.
Nota 3 : Kalau ada duit lebih, jangan buat renovasi rumah, tambah perabot sampai habis semua simpanan. Asing siap-siap simpanan sebanyak 6 bulan gaji anda sebagai dana kecemasan.
Nota 4 : Doakankanlah semoga owner-owner begini terbuka hati untuk keluar dengan rela hati. Kita tak mahu ada hati yang tersakiti, ada dendam yang kekal abadi, dan amarah merajai hati.
Previous
Next Post »