Luar Flat, Dalam Macam Kondo

"Luar flat, dalam macam kondo."
1. Seronok saya bila tengok banyak viral rumah flat, atau rumah low cost yang dihias kreatif dan direnovasi cantik. Siap kitchen kabinet, plaster siling, wallpaper, perabot mewah dan moden. Cantek beb!
2. Rumah yang kita duduk sendiri, kan. Mestilah nak yang selesa dan ikut citarasa kita. Walau rumah tu low cost sekalipun, kalau dapat buat betul-betul, memang boleh berubah jadi cantik dan mewah ya amat.
3. Apa-apa sebelum buat keputusan untuk hias dan ubahsuai rumah kaw-kaw, pastikan kewangan anda dalam keadaan yang stabil. Paling penting, wang kecemasan 6 bulan kena ada.
4. Kalau anda baru lepas refinance rumah tu, dapat duit tunai yang banyak, janganlah guna semua untuk renovate sampai habis. Kena ingat, bila refinance, komitmen bulanan kat rumah tu pun naik sekali.
5. Sekadar ingatan bersama. Kalau ada jiran kau yang tengah transform rumah dia jadi mahligai, janganlah kau ikut serta andai kata kau kena apply personal loan berpuluh ribu untuk buat semua tu.
6. Apatah lagi, hutang kau dengan kawan dan sedara mara pun tak pernah berkurang-kurang sejak dahulu kala. Jangan malu rumah kita tak lawa macam orang lain. Orang lain mampu, biarkan saja.
7. Stabilkan kewangan kau tu dulu. Selesaikan semua hutang jahat yang kau ada. Untung juga kau ada flat nama sendiri. Daripada orang lain tu, belum pun mampu beli rumah pertama sebab salah urus wang.
8. Mungkin sebab dia tak pernah asing gaji masuk tabung haji, atau travel setahun 4 kali, atau kahwin dah macam puteri, atau kena tipu masuk skim cepat kaya, atau pun gigih pakai kereta mahal Toyota dan Honda.
.
.
.
Bak kata Altimet,
"Kau tinggal rumah sewa tapi pakai kereta mewah."
.
.
.
Bak kata Harith Faisal,
"Kau hias rumah cantik tapi hutang tak nak bayar."
Previous
Next Post »