Tips : Sebelum Beli Air Tebu, Pastikan 3 Perkara Ini Dulu!

Air tebu memang menjadi pilihan air orang ramai ketika bulan puasa. Pergi kemana sahaja bazar Ramadan yang ada, pasti air tebu ini ada dijual. 

Rasa air tebu yang asli, manis dan enak ini membuatkan ramai pembeli gemar membeli air tebu yang dijual di bazar. Bagi mereka yang suka dengan air tebu, ini 3 perkara yang korang wajib tahu : 


1) Sebelum beli, korang kena lihat dahulu persekitaran. Sekiranya banyak lebah disekeliling air tersebut, itu menandakan air tebu tersebut manis. Sekiranya tiada lebah, ia bermaksud air tebu itu sudah dicampur dengan air dan rasanya tidak lagi asli. 

2) Pastikan batang tebu yang masih belum dimesin diletakkan atas meja bukan atas tanah. Kebersihan adalah sangat penting untuk korang ambil tahu sebelum beli apa-apa minuman atau makanan. 

3) Untuk pengetahuan korang, tebu sangat menyerap air dan pastikan tebu yang belum dikupas kulitnya tidak diletakkan dalam baldi yang berisi air kerana ia akan membuatkan rasanya jadi kurang enak ya! 

Sumber
Previous
Next Post »