Patut Beli Kereta Atau Rumah Dulu? 20 Perkara Yang Anak Muda Wajib Tahu.

KERETA ATAU RUMAH DULU? INI 20 PERKARA ANAK MUDA WAJIB TAHU.
Nak like dulu boleh, nak baca dulu pun boleh.
1. Walaupun beli rumah dulu tu bagus, tapi tak semestinya bagus untuk semua orang. Kita tak boleh kata kita yang paling betul dan orang lain yang buat selain daripada tu, salah.
Gambar - Gila Hartanah
2. Dah memang mak bapak dia paksa beli. Kalau tak beli, jadi anak derhaka. Kenalah beli. Mungkin mak bapak dia kesian dan risau keselamatan anak dia tu. Dahlah pompuan.
3. Mungkin juga sebab kat tempat kerja kau takda Grab, Uber dan pengangkutan awam. Jadi, nak tak nak memang kena beli kereta juga. Takkan nak jalan kaki dari rumah. Basah ketiak.
4. Kalau kau ada dalam situasi macam tu, kau masih boleh beli rumah nanti. Tapi tengok jugaklah kereta apa kau beli, berapa gaji kau dapat dan rumah apa yang kau teringin nak beli.
5. Saya ambil contoh gaji RM2,500 lah. Fresh graduate. Untunglah dapat gaji macam tu, kan. Kira tinggilah. Degree nak dapat gaji atas RM2,000 bukan senang sekarang ni.
6. Katakan bank benarkan maksimum DSR 50%. Jadi komitmen bulanan kau tak boleh lebih RM2,500 x 50% = RM1,250. Beli kereta Perodua Axia atau Proton Saga bulanan RM400.
RM1,250 - RM400 = RM850
7. Kalau nak diikutkan kiraan, kau masih mampu beli rumah yang harganya sekitar RM188,000 dengan pembiayaan 90%. Tapi of course bukan kondo sebelah KLCC. Haha!
8. Satu kebaikan yang kau dapat dengan pembelian kereta tu adalah rekod CCRIS. Bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan kalau kau tak pernah ada rekod dengan bank.
9. Cara lain untuk kau cipta rekod CCRIS adalah dengan buat ASB Financing. Satu lagi yang mungkin kau berminat, mohon kad kredit dan guna dengan berhemah. Boleh cuba.
10. Fresh graduate lah katakan. Takda komitmen. Baru nak mengenal dunia. Dan bank pun tak kenal kau lagi. Entah-entah kau ni jenis keturunan tak pandai bayar hutang.
11. Sebab tu bank nak tengok dulu perangai kau tu macam mana. Kalau bayaran kereta cantik setiap bulan, apa lagi alasan bank nak tolak permohonan kau untuk beli rumah, kan.
12. Eh! Banyak lagi bank tengok tau. Kau ingat senang-senang bank nak bagi kau beli rumah. Dahlah komitmen 35 tahun. Kereta 9 tahun je maksimum. Sebab tu beli rumah agak leceh.
13. Beli kereta tak payah downpayment pun boleh. Sebab tu ramai fresh graduate beli kereta dulu. Nak beli rumah? Nampak macam jauh sangat perjalanan, kabur dan samar-samar.
14. Nak beli rumah, simpanan kena konsisten. Setiap bulan kau simpan lebih daripada amaun ansuran bulanan bakal rumah kau tu. Nak beli rumah bayar RM850, kau simpanlah RM1,000.
15. Dah pakai kereta, memang tinggi kos. Bukan setakat nak bayar ansuran bulanan RM400 tu je. Silap-silap total kos kau guna kereta jadi RM800. Iyalah, tol, petrol, parking lagi.
16. Tapi kalau kau bijak dan RAJIN, kau boleh buat side income daripada kereta tu. Uber, Grab. Buat hujung minggu, dapat sebulan RM800 pun okay. Daripada liabiliti, kereta boleh jadi aset.
17. Tak pun, kau buat bisnes online, kau angkut stok pakai kereta, kau pergi hantar barang yang ditempah ke PosLaju pakai kereta. Barulah rasa berbaloi pakai kereta tu. Banyak jasa dia, kan.
18. Semua orang ada gaya hidup dan kehendak nafsu yang nak dituruti. No right or wrong. Beli kereta dulu tak salah, beli rumah dulu pun bukan yang paling betul.
19. Hakikatnya, ramai je yang dah beli kereta dulu dan masih mampu beli rumah. Tapi biasanya lambat sikit lah. Makan minum anak bini pun kita tengok semua cukup.
20. Elak beli kereta mahal kalau belum pernah beli rumah. Yang gaji besar tadahal. Yang gaji ciput tu apa cerita. Gigih pakai kereta mahal tapi kerja dah 10 tahun tak beli rumah lagi.
Haha!
Latest
Previous
Next Post »