Baca 18 Panduan Ini Dulu Sebelum Berhasrat Membeli Rumah Teres!

PANDUAN BELI RUMAH TERES
1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita.
2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.
3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah.
4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.
5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling sekitar 10' kaki. Bila pasang kipas tidaklah putus jari.
6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik
7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.
8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi.
9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama)
10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.
11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.
12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.
13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.
14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras
15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.
16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.
17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.
18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti. Sebab itu gegadis suka lelaki matang dan berpengalaman rupannya :-p
Kita tak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.
Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.
Azizul Azli Ahmad
Abah Qilah
Previous
Next Post »