Filem Tak Laku Sebab Ekonomi? Ahmad Idham Diserang Netizens Kaw-Kaw.

Sebelum ini dilaporkan Ahmad Idham berkata filemnya tidak mendapat sambutan mungkin atas faktor ketidaktentuan ekonomi pada masakini. Filem arahan Ahmad Idham, Pencuri Hati Mr. Cinderella, yang ditayangkan pada 10 Ogos lepas mendapat sambutan yang teruk dengan kutipan tiket yang mencecah jualan sebanyak 100,000 ringgit sahaja.

Selain kutipan yang mengecewakan, filem itu turut dikritik dari segi kualiti dan kelemahan posternya yang disifatkan tiada daya tarikan.


Dan pada ketika filem Abang Long Fadil 2 mendapat sambutan hebat dari orang ramai termasuklah tayangan di Brunei dan Singapura, netizens tampil menyindir kembali alasan yang pernah diberikan oleh Ahmad Idham berikutan kegagalan filem arahan beliau, Pencuri Hati Mr. Cinderella (PHMC selepas ini).

Blogger UMNO turut menyindir filem arahan Ahmad Idham itu dengan menampilkan laporan berita kutipan filem yang diraih oleh Abang Long Fadil 2.


"Filem sendiri tak berkualiti dia salahkan ekonomi. Kesian Ahmad Idham walhal Abang Long Fadil 2 elok sahaja untung RM5 juta. Salah ekonomi,?" sindir Wake UP Malaya, salah satu cybertroopers yang berpihak kepada kerajaan (Barisan Nasional). 

Pandangannya itu turut diretweet sebanyak 2.1k kali di laman Twitter. Ahmad Idham dalam pada itu tampil mempertahankan dirinya dari serangan yang disifatkan beliau oleh #Haters.


"Bila baca komen haters ini tertanya-tanya gak apalah perasaan ibubapa mereka bila tengok anak membesar jadi born loser macam tu. Kesian pun ada. Huhu," katanya bagi respon komen-komen yang mengkritik dan mempersendakan kutipan filem arahan beliau.

Ahmad Idham juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan haters yang mengkritik beliau di laman sosial namun beliau mengatakan tiada respon yang diterima.

"Aiseyman, bila ajak gathering tak pula ramai respon. Takan haters ni kerja menyalak sahaja tapi takut nak tunjuk muka? Macam mana nak settle ni?" soal beliau. 

Untuk rekod, Ahmad Idham pernah diserang oleh netizens pro BN atas perbezaan politik dan dilaporkan telah diboikot oleh kumpulan penyokong parti berkenaan. - SembangPress.
Previous
Next Post »