Ini Sejarah Oktoberfest Yang Sebenarnya Anda Patut Tahu.

Pengetahuan kita tentang sejarah dan budaya asing lemah, jadi senang dikelentong oleh kapitalis penunggang budaya ("cultural appropriator").
Salah satu contoh ialah polemik pasal Oktoberfest kebelakangan ini. Politikus sibuk nak buat modal. Ada yang nak tunjuk mereka "holier than thou", ada yang nak tunjuk mereka "more liberal than thou".
Tapi semua "missed the point" bahawa "Oktoberfest" yang cuba diadakan hanyalah beer fest yang berlindung disebalik nama Oktoberfest. Kalau nak buat beer fest kenalah deal dengan prosedur dan pihak berkuasa. Itu common sense, tak perlu nak polemikkan soal hak dan kebebasan, atau kononnya "appreciate German culture".
Sebenarnya mereka know nothing pasal Oktoberfest.
Oktoberfest adalah pesta rakyat ("volksfest") di kawasan Bavaria (atau Bayern) untuk meraikan hasil tuaian. Ia mempunyai sejarah beratus-ratus tahun, kemudian ia dijadikan sambutan tahunan besar-besaran sempena perkahwinan Putera Mahhkota Ludwig pada tahun 1810 dan diteruskan sehingga kini.
Pada asalnya, "Bavaria is not Germany". Negara bernama "Germany" hanya wujud bermula tahun 1871. Sebelum 1871, yang ada hanya berpuluh-puluh negeri yang dihuni oleh orang Jerman ("German states").
Menjelang abad ke-19, sebuah negeri Jerman dari utara bernama Prussia cuba menyatupadukan semua negeri-negeri Jerman menjadi sebuah negara "Germany". Bavaria tak nak join Germany sebab Bavaria ni negeri Katolik, sedangkan kebanyakan negeri-negeri Jerman tu negeri Protestan. Namun Bavaria akhirnya join disebabkan kalah perang dengan Prussia.
Sentimen pemisahan itu masih ada, cuma tak sekuat Catalonia atau Scotland. Namun Bavaria tetap ada pride dia. Oktoberfest adalah masa untuk orang Bavaria mempamerkan budaya dan identiti tersendiri yang berbeza daripada Jerman yang didominasi oleh Prussia.
Mereka memperkenakan pakaian tradisional ("trachten") seperti Dirndl dan Lederhosen. Muzik tradisional Bavaria dimainkan. Dan simbol-simbol Bavaria seperti bendera biru-putih dikibarkan. Lambang biru-putih ni boleh nampak kat logo BMW (akronim kepada Bavarian Motor Works) dan logo kelab bola sepak Bayern Munich.
Itulah "Bavarian pride". Jadi kalau nak kata Oktoberfest sebagai "celebration of German culture" adalah satu insult kepada orang Bavaria. Was zum teufel ist "German F&B Festival"? Just call a spade a spade.
Beer yang dihidang semasa Oktoberfest juga merupakan sumber pendapatan orang Bavaria. Beer mereka bukan sebarang beer tapi "Oktoberfestbier/Festbier" atau "Märzen". Jenis beer ini dilindungi oleh undang-undang "Protected Geographical Indication" di bawah EU. Jadi, kapitalis beer yang bukan berasal daripada Bavaria tak boleh nak tunggang Oktoberfest. Sebaliknya mereka mensasarkan negara yang kurang kesedaran tentang sejarah dan budaya seperti US dan negara-negara Asia macam kita ni.
Satu-satunya Oktoberfest yang "authentic" di Malaysia ialah Oktoberfest yang dianjurkan oleh Malaysian-German Society (MGS) sejak tahun 1973 di Pulau Pinang. Untuk tahun ini, MGS buat secara bebas alkohol (http://www.freemalaysiatoday.com/…/non-alcoholic-beers-to-…/). Orang Jerman sendiri pun bertolak ansur sebab niat mereka nak promote budaya, bukan nak promote beer.
Yang selainnya lebih kepada Kelentongfest. Penaja utama pun Carlsberg dan Heineken. Apa jadahnya Carlsberg (syarikat Denmark) dan Heineken (syarikat Belanda) nak promote budaya Jerman? Tapi orang kita tak kira, tengok ada "-berg" dan "-ken" je terus ingat Jerman.
Jadi, kalau kamu betul sayangkan budaya Jerman atau lebih tepat budaya Bavaria, baik kamu simpan duit pergi ke Munich menghadiri Oktoberfest yang sebenar untuk menyumbang kepada ekonomi Bavaria. Bukannya memperkayakan kapitalis yang menunggang budaya.
Otherwise, you're just a cultural appropriator, not a cultural appreciator.
Previous
Next Post »