Masalah-Masalah Yang Akan Dihadapi Jika Tinggal Di Negara Musim Sejuk.

MASALAH-MASALAH NEGARA MUSIM SEJUK
Sepanjang menetap selama 7 tahun di sebuah negara yang musim sejuknya boleh mencecah -30°C di bawah paras beku dan salji boleh setebal 2 kaki, ada beberapa benda yang aku(dan rakan-rakan) benci tentang musim sejuk.
1. AIR PANAS / SEJUK
Bekalan air panas centralized akan bermula menjelang musim sejuk. Panas dia sehingga boleh melepuh kulit. Kena pandai campur dengan air sejuk. Kalau tak ada air panas, tu biasalah. Senang je. Tak payah mandi.
2. LICIN DAN LECAK
Kalau salji baru turun, putih gebu, memang seronok main salji. Tapi, kalau dia dah mula cair, jadi licin gila. Entah berapa ribu kali aku tergelincir sebab tak pakai but winter atau kasut sesuai.
Salji cair, kalah masuk dalam kasut kau, kaki kau akan kerepot macam kaki orang umur 100 tahun. Kalau di Malaysia kasut basah, boleh buka kasut. Kalau waktu musim sejuk, kau buka kasut, frostbite(mati) jari kau.
Masalah besar bila lepas berak, kau pulas kepala paip air sejuk keluar air panas, buka paip air panas pun keluar air panas. Macam sauna dah jadinya dalam bilik air. Nak cebok macam mana dengan air panas macam tu?
3. TANGAN KEBAS
Masa tu iPhone baru keluar. Siapa ada iPhone kira boleh berlagaklah. Touchscreen lah katakan. Canggih habis. Sekali masuk musim sejuk, siapa pakai iPhone ada menyesal sikit.
Bila tangan kau sejuk, kau pakai sarung tangan tebal. Skrin tak boleh detect kalau kau pakai sarung tangan . Bukan tu je, kalau kau tak pakai sarung tangan sekali pun, kalau jari kau sejuk sangat, skrin pun tak dapat detect.
4. PAKAIAN TEBAL
Bila musim sejuk kita pakai jacket tebal. Kadang-kadang pakai baju dan seluar thermal untuk elakkan haba terbebas. Kalau naik bas/tren, benda ni jadi masalah.
Jaket jenis puffer/quilted/bubble tu kadangkala gemuk sangat, sampai rasa sempit bila bas penuh. Lepas tu, penyeluk sakut senang nak buat kerja. Kita tak rasa dia seluk sebab pakai baju thermal tebal.
5. MAKANAN OUTDOOR
Order teh panas, belum sempat apa-apa dah sejuk. Order шашлык (daging panggang), sampai je atas meja, kena terus makan laju-laju. Lambat makan, lemak/minyak pada daging bertukar jadi macam lilin sebab dah beku. Tak sedap dah.
Sebab suhu di luar bawah paras beku, ayam/daging/ikan mentah, kita orang letak diluar para tingkap je. Kalau lalu asrama yang ramai Malaysian, memang para tingkap belah luar dah macam peti ais. Haha.
TIPS MELANCONG SEMASA MUSIM SEJUK ( JIKA SUHU < -10°C)
1. Bawa kasut kalis air. Pakai but lebih elok. Kurang risiko tergelincir, terpelecok buku lali atau kaki kembang.
2. Pastikan ada air sejuk sebelum berak. Oh ya! Kadang-kadang tandas tak ada paip air. Check dulu.
3. Guna telefon berstylus, atau yang ada butang fizikal. Boleh juga beli sarung tangan konduktif yang boleh diguna pada touchscreen.
4. Pakai jaket yang ada poket di dalam untuk elakkan penyeluk saku. Elok pakai kot tebal berbanding puffers.
5. Kalau tak ada peti ais, letak je luar tingkap makanan kau orang. Hahaha.
Previous
Next Post »