Mereka Berarak Minta Bantuan Kerana Lapar.

HARI INI DALAM SEJARAH RAKYAT : 19 November 1974
Pada hari ini dalam tahun 1974 telah tercetusnya peristiwa kebangkitan rakyat Baling dengan bermula "perarakan kelaparan" seramai seribu orang kaum tani miskin yang telah turun ke jalan untuk memperjuangkan nasib mereka. Episod bersejarah ini dikenali sebagai "Peristiwa Baling 1974".
Ekoran kemerosotan harga getah dan kenaikan harga barangan pada tahun 1974, rakyat tani miskin di Baling, Kedah telah bangkit untuk memperjuangkan nasib mereka.
Bermula pada 19 November 1974 dengan seribu rakyat tani dari kampung sekitar Baling turun ke jalan, angka itu meningkat menjadi 13,000 dua hari berikutnya.
Mereka telah berarak dari kampung-kampung mereka ke Pejabat Daerah Baling untuk menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan menurunkan harga makanan. Selepas tuntutan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan, lebih 30,000 rakyat tani miskin telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di pekan Baling pada 1 Disember 1974.
Sumber gambar : Akhbar Berita Harian 22 Nov 1974, buku "With the people!: the Malaysian student movement, 1967-74", majalah Risalah, Disember 1974.
Previous
Next Post »