Ada Apa Dengan 'Travel Insurance' - Bayaran Pampasan Jika Terpaksa Batalkan Percutian.

Oleh : Amini Nasir

FAMILY EMERGENCY & TRAVEL INSURANCE

Dalam friendlist aku ni, perasan jugak ramai yang selalu pergi trip, kaki travel/backpacking. So, aku nak share something pasai TRAVEL INSURANCEMaybe ada sesetengah orang dah tau pasai ni dan maybe ada yang tak tau. So, for those yang dah tau, that’s good. Bagi yang tak tau, maybe benda ni boleh dianggap satu info/input baru.

Ceritanya bermula begini:

1. Supposedly aku fly ke Perth, last two weeks, dengan Taro, Kirin dan Irwan Mono. Tapi disebabkan last minit ada family emergency (mak aku warded kat GH sebab masalah jantung), so aku terpaksa cancel everything la, termasuk trip ni.

2. Date kami fly adalah dari 6-13 November 2017. Mak aku warded dari 1-6 November 2017. So, the day travel buddy aku fly, is the day mak aku discharge.

3. Plan asal, aku tak amek kisah sangat pun bila trip terpaksa cancel. Cuma pada suatu hari tu, Sabri ada cakap yang kes mcm aku ni, boleh claim balik dan reimburse la from insurance company.

4. Aku beli travel insurance dengan AXA pada 26 October 2017. A few days after travel buddy aku balik dari Perth, aku call depa punya customer service, bertanyakan pasai benda ni. Unfortunately, aku tak boleh nak claim atas sebab ini.

5. Kes aku consider sebagai Cancellation. Dalam policy insurance AXA, kes aku treated under Section 11 (Loss of Deposit & Cancellation). Then, kes aku falls under category family emergency (serious illness, death & etc.).

6. Nak dijadikan cerita, situasi macam aku ni, tak boleh claim sebab tak mencukupi tarikh aktif 14 hari dari tarikh penerbangan, ini part exclusion to the policy / section. Beli travel insurance pada 26/10 dan fly pada 6/11.

So, tempoh masa tu cuma 12 hari ja. Sayangnya, kurang 2 hari ja. Kalau ampa boleh tengok kat gambaq aku attached ni, 1st page ada mention dah. Section 11 ni cuma aktif bila Certificate of Insurance tu di-issue. Kes / situation lain start cover bila korang nak gerak memulakan trip tu. (Boleh baca detail kat situ). Seeloknya, beli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum fly, atau lebih dari 14 hari.

7. So, bagi engkau orang yang akan travel nanti, janganlah kedekut sangat dan belilah travel insurance tu. Kadang-kadang benda ni, orang terlepas pandang. Murah ja, ampa boleh beli samada per year atau per trip. Dan jugak boleh beli untuk group / individual. Macam aku baru baru ni, kena RM39 ja untuk aku sorang.

8. Kat dalam post ni, aku sertakan sekali snapshot email dan policy, siap highlighted in red colour, untuk memudahkan ampa baca part-part penting.

Sekiranya engkau orang mengalami masalah sama macam aku, tapi policy beli awal, kena la standby dokumen apa yang diperlukan sebelum buat submission. Tapi apa-apa pun, call dulu, explain ur situation, and nanti CS akan suggest/advice what is the next course of action. Don’t worry, they are very helpful.

1. Our flight schedule.


2. Korang akan dapat email ni lepas dah buat bayaran. Kes aku ni, aku dah highlight aku beli pada tarikh 26/10/2017.



3. Yang ni plak, policy schedule. Details of traveller semua akan ada kat sini.

4. Travel Insurance Policy.


5. Operation of Insurance. Kat sini siap mention pasai Section 11 yang active date is different from other section.


6. Details of Section 11 and its exclusion. Aku punya kes, jatuh dalam part exclusion ni.


7. Kalau engkau orang beli travel insurance ni 14 days and before, so korang boleh submit claim application kat insurance company. And these are the documents needed.



8. Benefit Schedule under AXA Travel Insurance, VIP Plan

So, that’s it! Hope it helps
Previous
Next Post »