7 Benda Asas Yang Kita Patut Tahu Tentang Perang Dunia Ketiga & Perang Nuklear.

Oleh : Yazid Zul
7 BENDA ASAS kita patut tahu pasal PERANG DUNIA KE-3 & PERANG NUKLEAR.
1. Ketegangan akibat konflik dua pemimpin gila iaitu Presiden Amerika yang populis, Donald Trump dan Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong-Un boleh membawa kepada perang nuklear.
2. Trump seorang yang gila publisiti dan sangat emosi. Tindak-tanduknya tak dapat diramal dan dia tidak segan silu hendak membuat sesuatu yang provokatif dan gila. Tindakan menyerahkan Jerusalam dan tanah suci umat Islam yang ketiga kepada Israel dengan mengiktiraf hak penuh Israel ke atas kawasan tersebut membuktikan kegilaanya. Kita tak boleh pandang rendah kegilaan Trump dan mesti bersedia untuk menghadapi provokasi-provokasinya.
3. Pengeboman atomik ke atas Hiroshima dan Nagasaki yang menyebabkan kematian ratusan ribu orang awam telah menamatkan Perang Dunia II kerana Jepun dan dunia akur pada kekuatan ketenteraan Amerika. Tidak mustahil Amerika akan menggunakan senjata nuklearnya jika Amerika rasa terdesak.
4. Amerika bukanlah satu-satunya kuasa nuklear. Perancis, Rusia, China, India, Israel, United Kingdom, Korea Utara dan Pakistan juga memiliki senjata nuklear. Tetapi, hanya Korea Utara yang selalu mengugut negara lain dengan serangan nuklear. Buat masa ini, ancaman perang nuklear yang paling nyata adalah antara Korea Utara dan Amerika.
5. Amerika juga telah secara mengejut membatalkan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada sekutunya, Pakistan, dan menuduh Pakistan melindungi dan menyokong teroris. Ketegangan antara Amerika dan Pakistan juga membimbangkan.
6. Apa yang patut kita buat kalau berlaku perang nuklear? Pertama sekali, mengucap dulu. Seterusnya, dengar saluran berita rasmi secara online atau melalui radio dan TV untuk mendapatkan arahan atau instructions daripada pasukan kecemasan. Sekiranya amaran serangan diberikan, segera berlindung, sebaiknya 'below ground' jika mampu. Jika tidak, berlindung segera dalam bangunan untuk mengelak radioaktif. Dalam bangunan tinggi, cuba pergi ke bahagian tengah untuk berlindung dibalik dinding-dinding yang banyak. Tunggu di dalam sekurang-kurangnya selama 24 jam melainkan mendapat arahan berbeza daripada pihak berkuasa.
7. Sekiranya berada diluar sewaktu letupan nuklear, jangan melihat secara terus ke arah letupan atau api kerana boleh menyebabkan buta. Cuba berlindung dibelakang apa-apa yang mampu memberikan perlindungan. Baring dilantai dan lindungi kepala. Masuk ke tempat perlindungan secepat mungkin. Bahan radioaktif mampu merebak melalui angin sehingga ratusan batu. Buang pakaian yang terkena radioaktif jika boleh. Seterusnya, mandi tetapi elakkan daripada menggunakan conditioner kerana conditioner akan menyebabkan bahan radioaktif melekat terus pada rambut.
Wassalam
Previous
Next Post »