Ada Apa Dengan Moty Hotel - Luar Macam Bangunan Biasa Sekali Masuk Dalam.. WOW!

Oleh : Azza Nur Azwa

Hye, saya nak share hotel kedua kami check in sejak bercuti ke Melaka kelmarin. Hotel ni memang paling best dalam bandaraya Melaka bagi saya sebabnya sudahlah murah hotel pula mcm 5 star.

Saya booking pakai Traveloka pada harga RM218 dan dapat voucher coupun 20% so harga bilik yang saya dapat ni RM174.40/night untuk bilik Deluxe King include breakfast untuk dua orang. 


Berbaloi sangat-sangat sudahlah tengah-tengah bandar tak payah susah payah nak cari parking pergi mana-mana kami jalan kaki je. 

Kami bertiga rasa tak boleh nak move on sebab hotel ni best sangat. Dari luaran bangunan korang takkan expect dalam hotel ini high class sangat. 

Siapa-siapa yang rasa nak holiday dekat Melaka feel free to share this post untuk reference korang. Benda baik apa salahnya saya share kan. Details ada di setiap gambar. Memang berbaloi untuk family dan anak-anak. 👍😍

Alamat :
Moty Hotel
No 42, Jalan PM6, 

Plaza Mahkota, 75000 Melaka. 

Cari dalam Waze pun jumpa

Inilah orang kata luar setinggan, dalam condo. Ibarat macam hotel aku duduk ini. Seronok sangat. 



Lobby hotel


Bilik yang saya booking ni Deluxe King termasuk 
breakfast untuk dua orang dewasa


Tengok la interior design bilik air hotel ni macam 5 star. Teruja sangat-sangat. Rasa-rasa nak tengok TV sambil berendam dalam bathtub tu boleh la buka je 
tirai bilik air ni 


Complimentary kit untuk guest.


 Dapat bathrob lagi, selipar pun, siap dah ada iron dan iron board siap-siap dalam bilik so tak payah la saya susah-susah call room service untuk request. Senang kerja. Complete.
 


Suasana bilik air 

 Mini bar. Complimentary mineral water 
dan 3 in 1 pun ada. Peti ais pun ada tau. 
Memang senang. Sudahlah ruang besar.


Korang tengok bottle toiletries hotel ni bagi, 
saya memang suka benda-benda macam ni 
comel cute mute. Sekali tengok dah macam 
loccataine punya product. High class sangat 


 
 
Acara paling delisha suka kalau pergi hotel. 
Swimming. Best gila pool hotel ni. Indoor tau. 
First time saya dtg pool indoor. Jakuzi pun ada. 
Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Kolam dia tak bahaya bagi saya. Sebab tak dalam sangat. 
Waktu kami berendam ni dalam pukul 8.00 malam 
orang takde sangat. So pool ni kami yang punya 
bukan ahmad albab yang punya  

Pool hotel ni open dari pukul 8.00 pagi 
sampi 9.00 malam. Jarang hotel buka sampai malam. 
Dekat sini senang. Dahla indoor. 
Pakaian pun takde rules so tak perlu risau korang 
boleh pakai apa-apa je janji jangan bogel takut takde orang nak mandi dekat pool ni 😝


Siap ada steam room dengan sauna room tau dekat pool ni. Masuk free. Once korang dah chck in sini tak payah risau semua benda korang masuk free je. Memang hebat hotel ni.


Bilik ni luas tau korang boleh solat jemaah berdua atau bertiga atau ramai-ramai la senang cerita walaupun bilik untuk 2 org so takde isu berlanggar 
punggung ke badan ke. 




Suis aircond hotel ni paling lain dari yang lain.


Suis pun canggih touch screen je. First time hotel yang saya pergi pakai touchscreen.


 Gambar : Azza Nur Azwa. 
Previous
Next Post »