Cara-Cara Lock Application Pada iPhone Anda.

Oleh : Nur Sakeena Razif

Sebab ada yang suruh Keena share cara lock application (single app) untuk iphone user, so ni dia.

Member yg konon pinjam fon nak tengok utube tapi suka pecah masuk gallery atau fb korang, boleh guna ni untuk membatalkan niat mereka.

Keena guna sebab anak. Bila dia layan baby shark, jari dia macam shark jugak. Tekan sana sini & exit application. Kalau dah berkali-kali, kita pun penat nak hadap. 

Dah boleh lock application, senang kerja. (semua apps boleh, bukan utube je.)


#share #tipsdarirojakinspirasi


1. Mula-mula pergi setting & Go to General.



2. Click Accessibility


3. Scroll bawah sekali, click ‘Guided Access’


4. Enable @ green button GUIDED ACCESS. Yang bawah sekali ACCESSIBILITY SHORTCUT pun enable jugak. Nak aktif yang ni, sekali je. Tak perlu banyak kali. Bila dah enable guided access ni, korang boleh masuk mana2 apps dengan hanya klik ‘home button’ 3x sahaja.


5. Lepas tu set passcode korang. Kalau nak exit apps, dia suruh masukkan passcode. Nak exit, klik HOME BUTTON 3x dan masukkan PASSCODE.


6. Guna touch id pun boleh untuk 5s & keatas. Lepas tu, terus pergi ke application yang kawan/anak korang nak tengok, contoh utube. Lepas masuk app, tekan HOME BUTTON 3x. Nanti dia keluar ‘guide access started’. Lepas tu bagi la member/anak korang layan utube tanpa risau dorang boleh buat benda lain. 



Kalau masih belum faham, boleh lihat video untuk pemahaman yang lebih jelas;

Previous
Next Post »