Kesan Telefon Tercicir Atau Hilang Menggunakan Akaun Google.

Oleh : Ain Nadiah Mazlan

Ain hilang handphone di tandas R&R Gurun.

Kebetulan abang bawa laptop. Terus abang log in Gmail account Ain. Lepas tu "track my device" guna account Google.




Lepastu pilih "ring my phone". Walaupun phone kita dah SILENT tapi tetap google boleh deringkan ia kuat-kuat selama 5 minit.


So masa tengah handphone berdering tu, abang tekan "locate my phone". Location menunjukkan phone ain masih lagi di R&R Gurun.



Abang terus berlari meredah hujan mencari di location tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang.

Ain pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan hasil. Ain bukan sayang phone ini tetapi Ain sayang semua gambar, data and files dalam ni.

Handphone Ain ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja mary jardin Ain selesaikan dengan smartphone ini.

Masa ini la marah kat diri sendiri kenapa tak buat back-up ke Google account semua benda dalam phone tu.

Dalam keadaan cemas, bingung, sedih, Adam pulak nangis sekuat hati. Ain masa tu tengah pegang laptop tengok kalau-kalau location berubah. Orang bawa lari ke apa ke kan.

Cepat-cepat Ain tenangkan diri sebab kalau serabut tak membawa faedah pun. Bila Ain dah tenang. Automatik Adam pun Ain boleh tenangkan dengan jayanya.

Selesai tidurkan Adam, Ain nampak kelibat Abang yang pulang dengan hampa. Kemudian kitorang nampak location phone beralih ke Ramly Burger.

Kami terus gerak dan park di depan ramly burger. Abang type mesej "please call 017******* dan mesej dihantar melalui google account tersebut. Mesej ni memang akan terpapar di muka depan screen.

Last resort, Ain memang nak "consider erasing your device" dah. Tapi Ain sabar je dulu sebab button ni memang pilihan terakhir. Kalau tekan yang tu memang tak dapat recover balik semuanya.





Saat Ain hampir berputus asa, tetiba satu panggilan masuk ke phone abang. Mungkin dia baca mesej yang dihantar.

Alhamdulillah. Orang yang ambil phone tu memang bercadang mahu pulangkan semula. Katanya tengah solat tadi.

Dan kami jumpa di depan Ramly Burger.

Sungguh Allah mendengar doa hambanya yang meminta dengan bersungguh ketika turunnya hujan rahmat.

Kejadian ini membuatkan Ain insaf, kalau waktu macam ni Allah dengar permintaan kita, apalagi kalau kita meminta dengan bersungguh di waktu tahajjud.

Melalui post ini, Ain cuma mahu sampaikan cara untuk mencari phone yang hilang sekiranya tiada apps. Atau mungkin anda semua boleh download sahaja apps sebelum kes macam ni terjadi. Wallahualam.
Kesan Telefon Tercicir Atau Hilang Menggunakan Akaun Google. Kesan Telefon Tercicir Atau Hilang Menggunakan Akaun Google. Reviewed by Ameno World on Thursday, February 15, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.