Orang Normal Janganlah Tengok #Badang Kata Lelaki Ini..

Filem Badang lakonan Aliff Syukri nampaknya tidak mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia khususnya kaki wayang.

16 Februari lepas, seorang facebooker yang dikenali dengan nama Betta Mfa melaporkan hanya keluarga beliau sahaja yang pergi menonton filem Badang arahan Razak Mohaideen di pawagam Kuantan Mall. Ketika itu mereka membeli tiket tontonan pada jam 4 petang.



Disebabkan kemaskini tersebut, Badang menjadi bahan ejekan di laman sosial apabila rata-rata netizens menyindir, 3 orang jer pergi tonton filem tersebut itupun kata netizens, penonton-penonton itu kalau boleh mahu menuntut semula wang yang telah digunakan untuk beli tiket filem tersebut. Lucu bukan?

Manakala Zafran Tan pula, yang telah menghabiskan masa (katanya beliau telah membuat pergorbanan besar untuk kita semua! 😆😆😆) selama 2 jam untuk menonton filem Badang telah membuat ulasan tentang filem itu di Facebooknya pada semalam.

Hanya seorang dalam pawagam - pecah rekod!

"Saya korbankan masa saya selama 2 jam untuk menonton filem ini supaya anda semua tak perlu buat macam tu (tonton). Seseorang, bolehlah belanja saya makan malam.

Filem ini saya nak tonton sangat sebab saya ada perasaan kesian pada filem-filem yang menerima respon negatif. Saya pergi menonton filem ini seorang diri disebabkan insiden yang tidak dapat dielakkan kerana tidak mempunyai kawan-kawan yang sakit jiwa. Malahan orang yang jaga kaunter pun rasa terkejut!

Saya : Badang, jam 11.45 untuk seorang.

Penjaga kaunter : Serius ke bang (dengan mimik muka sekali).

Selepas itu saya berada dalam satu panggung wayang, sendirian, keseorangan, saya fikir ini hebat juga. Saya boleh komen, bercakap, ketawa, sekuat yang saya mahu. Dan saya benar-benar melakukan ia. Berulang kali," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Zafran lagi, lakonan Aliff Syukri dan beberapa pelakon tambahan yang lain tidak memuaskan.

Karektor utama, dikenali sebagai Bad dan seringkali dibuli oleh orang sekeliling. 

"Bagaimanapun, Bad seringkali dibuli. Setiap hari di sekolah, dengan pelakon tambahan yang juga berlakon sebagai ahli kongsi gelap dalam filem ini. Ini adalah filem Melayu, jelas namanya Geng Dragon (apa lagi?). 

Yang ahlinya memakai tatoo naga di leher mereka. Klise. Dan mempunyai sarang operasi dalam bangunan perindustrian yang ditinggalkan, lengkap dengan gelanggang pertempuran, meja dengan minuman beralkohol dan bermain kad dengan pencahayaan yang redup, untuk memberikan efek ia adalah tempat gangster. Klise.

Ahli-ahli geng kongsi gelap dilihat sedang minum, berlawan, bertempur, entah apa sebabnya. 

Ketuanya, berjaket kulit seperti biasa, dengan rantai dan cincin emas bercakap bahasa melayu baku. Saya yakin dia dalam A dalam BM semasa SPM. Dia memandu Hummer. Dia bukan Yakuza. Dunia perlu tahu dia adalah gangster (dengan ciri-ciri yang jelas dipamerkan). Klise.

Nanti, tunggu. Ada seorang African dalam kumpulan gangster ini. Aha, saya yakin kamu semua tak jangka plot sebegini bukan," kata Zafran dalam ulasan tersebut.

Beliau juga menasihati mana-mana orang normal untuk tidak menonton filem tersebut.

"Di tengah-tengah kekusutan lakonan dan skrip yang teruk, plot berkembang. Bad tiba-tiba dapat kuasa ajaib daripada pokok buluh. Mak kepada Bad diserang oleh kumpulan gangster. Kenapa agaknya? Entah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Anda tidak boleh menggunakan hukum logik semasa menonton filem ini.

Dalam keadaan yang sedang sakit, tiba-tiba mak Bad bagitau Bad yang Bad sebenarnya anak angkat yang dijumpai di pohon buluh. Macam mana? Sekali lagi, saya tidak tahu.

Ada seorang wanita misteri, saya rasa. Ia semua berlaku dengan pantas. Untuk rekod, bagi yang tidak tahu, ini adalah bulat-bulat meniru dari kisah pemotong buluh di Jepun, cerita dongeng dulu-dulu.

Jadi, Bad pun menjadi seorang adiwira dengan kuasa yang luarbiasa. Sementara tengah kalut-kalut mencari siapakah individu yang membunuh ibunya, Bad ke sana ke mari membantu orang yang memerlukan kecuali pada waktu hujan.

Kerana kuasanya hilang ketika waktu hujan. Ini nampak bodoh kan? Tapi anda semua kena fikirkan juga point sut Badang yang terlihat seperti muntah yang telah kering, seperti kisah muntah si Badang yang asal.

Anda : Apa? Air? Apa? Kenapa?

Saya : Diam je korang semua, okay?

Kita tinggalkan beberapa babak kat sini. Lepas tu ada plot-plot perkembangan cerita cinta. Biasalah. Filem melayu kan. Lepas tu ada entah siapa-siapa entah berhayun di Menara Effiel dan Piramid Sphinx. Saya agakla. Ia kabur. Pengarah susun babak macam ia permainan Jengga. Saya mula kemurungan sejak malam itu.

Tinggalkan. Tinggalkan.

Kumpulan gangster yang nama Naga tu tadinya dah disailang oleh satu lagi geng jahat yang mana namanya lebih bodoh dari kumpulan Naga ini, yang mana saya dah block memori saya dari mengingati tentang itu. Terima kasih Tuhan.

Mereka merompak emas curi. Mungkin. Saya tidak tahu. Mereka sedang berlawan. Tembak menembak. Sinematografik sangat amatur. Saya tak boleh jelaskan secara terperinci. Anda percaya sahaja la kata-kata saya. Aksi itu brutal. 

Badang kemudiannya muncul. Badang berlawan dengan mereka semua. Tendang. Tumbuk. Kemudiannya Badang menang. Horayy!

So, itulah.

Ada plot twist yang bijak disitu. Saya tinggalkan ia untuk pencinta filem-filem teruk seperti saya untuk nikmati ia. Saya tertawa sepanjang masa, yang mana bagus. Manusia normal tak patut tengok filem ini. Anggap je anda diberikan amaran.

Rating.

Lakon layar : F*cked

Pelakon : F*cked

Arahan : F*cked

Perkembangan cerita : Sesungguhnya f*cked

Soundtrack dan suara : Macam lancau

Sinematografik : F*cked

Peluang untuk sekuel : Prospek menakut, tapi ya.

Rating purata : 0.5 dari 10 (0.5 laluan untuk menyertai anugerah)

Tahap kritikal : 2000

Jangan. lebih baik, jangan," jelas Zafran Tan dalam penulisan viralnya itu lagi.

Bagaimana? Mahukan anda menonton Badang selepas membaca ini? Ha Ha Ha. - SeMBang Press.
Previous
Next Post »