Review Filem DUKUN 2007.

Oleh : Shafiq Mazlan
MENGULAS FILEM YANG DIIBARATKAN TIDAK PERNAH WUJUD: DUKUN (2007)
Beberapa hari yang lalu, riuh di kumpulan FB peminat filem tentang Dukun (2007) - sebuah filem yang tidak pernah masuk wayang ataupun internet (sekurang-kurangnya sampai beberapa hari lepas). Filem Dukun (2007) dikatakan terinspirasi daripada kes Mona Fandey, sebuah kes terhangat yang pernah menggemparkan negara sekitar 2001.

1. BUKAN FILEM MENGENAI MONA FANDEY
Aku berpendapat bukan satu praktis yang baik filemkan kisah hidup orang dan ceritakan hal-hal yang tak baik. Mungkin sebab itulah nama watak dilainkan dan ingatan “filem ini rekaan bla bla” diketengahkan. Hal ini bolehlah buat kau menonton filem tanpa mengaitkan ia dengan realiti (harapnyalah) dan tidak menjejaskan mereka yang terlibat dalam filem.
Filem ini sendiri tidak pernah menggunakan nama-nama dari kes Mona Fandey. Jadi, kau masih boleh teruskan kepercayaan kau terhadap kes ini berdasarkan kepercayaan ramai orang atau artikel yang tular.
Tambahan : Aku tahulah filem ini berkaitan juga dengan kes Mona Fandey. Janganlah lurus sangat.
2. BUKAN FILEM SERAM
Ia bukan filem seram ada hantu atau ‘jumpscare’ jika kau menjangkakan satu filem yang menakutkan. Ia lebih bersifat teatrikal, bagi aku, walaupun aku sendiri tak faham apa itu teatrikal.
Ia lebih pada filem jenayah kerana hampir seluruh filem adalah tentang polis berusaha dan perbicaraan. Lain sungguh daripada jangkaan masyhur mengharapkan cerita seram.
3. SEJARAH ILMU HITAM
Filem ini mengetengah satu jenis ilmu hitam secara agak terperinci bagi mereka yang tak pernah baca apa-apa tentang ia. Secara peribadinya, aku agak tertarik bila Ouroboros dan ilmu hitam nusantara ditemukan tapi ia agak bersifat permukaan - dan masih sesuai untuk tontonan ramai memahami ia secara mudah.
4. WATAK MENAKUTKAN YANG INDAH
Umie Aida punya lakonan ni, kawan-kawan, sangatlah menarik. Dari berperwatakan menakutkan, sinis, menggoda, tenang dan lain-lain, tak mencalarkan langsung keindahan dia.
Dan kau patut tengok bagaimana bijaknya pembikin filem ini bermain dengan kegelapan penjara dan ke”gila”an Umie Aida. Mungkin ini yang buat aku rasa teatrikal tu.
5. PLOT TWIST?
Agak menggugat jugalah. Aku tak tau macam mana nak bereaksi kalau jadi Faizal Hussein.
6. PENGHARAMAN FILEM
Aku terpaksa bersetuju dengan pengharaman filem ini walaupun aku antara yang terbuka terhadap filem yang menyentuh sensitiviti. Bukan sebab tak konsisten, tetapi sebab terlalu banyak sebab untuk filem ini diharamkan.
Filem ini walaupun telah dikatakan “sekadar rekaan”, kau tak boleh nafikan ia sebenarnya telah memetik sedikit sebanyak dari kes Mona Fandey walaupun telah diubah dan didramakan. Hal ini kerana kes asal melibatkan banyak pihak dan berkemungkinan untuk meninggalkan kesan kepada waris.
Malah, kes asal juga melibatkan politikus dari parti tertentu. Ini cuma akan merendahkan parti dan ahlinya.
7. PENILAIAN PERIBADI
Sebagai filem, Dukun (2007) adalah filem yang baik. Ia sepatutnya boleh jadi rujukan untuk pembikinan filem jenayah tetapi orang kita mana nak tonton filem tempatan bergenre sedemikian, kan?
7/10 daripada aku. 7/10 aku ni, biasanya 7 atau 8/10 di IMdB hahaha.
...
“Orang sekarang sekarang sembah ke pelbagai sudut. Aku harap bila kes ni dah habis, kau masih menghadap Mekah.”
Review Filem DUKUN 2007. Review Filem DUKUN 2007. Reviewed by Ameno World on Monday, February 05, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.