Rumah Yang Dibeli Dengan Pemaju Teruk, Banyak Rosak. Apa Yang Patut Anda Buat..

Oleh : Salkukhairi Abd Sukor
Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yg dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dalam bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.

Gambar Hiasan
Ertinya, dalam tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, untuk membaiki segala kerosakan tersebut.
Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar call Pemaju begitu sahaja? Kalau Pemaju lambat atau tak nak baiki macam mana cara nak buat? 

Sila ikuti sepenuhnya apa yang saya nyatakan dibawah ini :-
1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kepada Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut. CC surat tersebut kepada Peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli.
2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam. Cara lain tak dibenarkan oleh undang-undang.
3. Bagi tempoh 30 HARI kepada Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut untuk mereka baiki kerosakan.
4. Sekiranya Pemaju tak baiki dalam tempoh 30 HARI, lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut.
5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda untuk kos baiki kerosakan tersebut.
6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC kepada Peguam dan bagi peluang lagi kepada Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.
7. Jika Pemaju masih tak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap.
8. Selepas dah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosakan tadi kepada Peguam.
9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang Peguam pegang.
10. Kalau Pemaju dan Peguam tak bagi kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.
# Sila viralkan. Saya percaya masih ramai diluar sana yang belum mengetahui tentang hak mereka.

Salkukhairi Abd Sukor

Peguam Hartanah

Presiden, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Previous
Next Post »