Selepas Aliff Mencarut, Netizens Serang Lebih Teruk - Bukan #Badang Tapi Bangang!

BANGANG. Itulah respon balas netizens kepada Dato Aliff Syukri yang berang apabila filem lakonannya mendapat respon negatif dan dikecam bertubi-tubi di laman sosial sejak dilancarkan pada 17 Februari lepas.

Beberapa pihak tampil membuat ulasan secara negatif tentang filem itu termasuklah mengutuknya secara berjemaah di ruangan komen akaun media sosial pengasas D'herbs itu dan perkara itu akhirnya mengundang kemarahan Aliff Syukri sehingga beliau mengeluarkan kata-kata kesat bagi membalas kritikan tersebut.


"Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau. Saya tak suka off komen dan block orang. Tapi komen anda macam f-ck. Kalau tak suka tak payah follow. Hargai bakat saya bukan kecam saya, #badang saya hanya talent bukan penerbit, harap faham," jelasnya di Instagram pada isnin.

Tidak berhenti disitu, netizens mula mengeluarkan beberapa gambar troll dan terus menerus mengecam Aliff Syukri dengan pelbagai jenis kata-kata yang menyakitkan hati usahawan perniagaan kecantikan itu.

Bangang lebih tepat kata netizens


4 orang jer tonton Badang kata TTKM


Filem dungu kata netizens





Tapi Aliff positif, katanya ramai orang di pawagam

Baca : Saya Seorang Jer Tengok Badang



Apakah agaknya kesudahan peperangan Aliff Syukri dengan netizens yang membenci filem lakonannya? Mari sama-sama saksikan perkembangan drama online ini. Jangan lupa bekalan popcorn tau! Ha Ha Ha. - SeMBang Press.
Previous
Next Post »