Apa Yang Korang Dapat Dengan Berhutang Banyak-Banyak Guna Kad Kredit?

Oleh : Zainuddin Omar

Korang tau tak, selama 10 tahun abam bekerja masih pakai keta 5th hand, Peugeot 504 beli dengan harga Rm5000 tunai (reg WA2729).

Itu pun tiga tahun pertama bekerja hanya menaiki bas mini sahaja walhal kawan kawan abam ramai yang beli kereta baru secara berhutang bila mula kerja.

Gaji permulaan abam sebagai Jurutera gred A18 hanya Rm1120 sahaja tetapi masih dapat menyimpan Rm500 setiap bulan.

Abam hanya pakai TV National 16 inci sahaja dan semua kelengkapan rumah telah tersedia yang dibeli secara tunai apabila mendirikan rumah tangga. Abam sangat benci hutang dan benci interest kerana syubhah dengan riba’.

Korang tak perlu bergaya bagai nak pakai Honda Civic VTEC baru tapi tiap malam hanya makan mee maggi sahaja. Berpatutan lah dalam berbelanja tak perlu nak berhutang perkara yang tak perlu dan akhirnya nanti jadi bangkrap dalam usia muda.




Pandai pandai lah berjimat kerana perjalanan hidup korang masih jauh lagi. Apa yang korang dapat dengan berhutang banyak, hidup dengan kad kredit semata mata untuk menunjuk dengan kawan keta baru walhal kantung kosong?

Dulu abam ada sorang staff, hidup dia berserabut penuh hutang kad kredit, stail gali sini kambus sana, kambus sini gali sana, sentiasa hidup dalam stress dengan bank menalipon beliau setiap masa.

Selama 4 tahun abam bagi panduan untuk dia menyelesaikan semua masalah kewangan dan sekarang ini beliau sudah ada 4 biji rumah, dengan net worth melebihi hutang piutang. Langkah pertama abam paksa dia gunting 4 kredit kad dan menjual kereta spare.

Apa yang perlu ialah self discipline, refocus, jimat cermat, dan controlling cash flow, among others.

Jika anda tidak boleh control diri dalam berbelanja, step pertama adalah menggunting semua kad kredit anda. Kad kredit adalah Ah Long zaman moden dan penyebab utama ramai dimufliskan. Anda mampu hidup tanpa kad kredit.

Abam ada menulis catatan rengkas sebelum ini bagaimana menggendalikan kewangan agar boleh pencen awal:

https://www.facebook.com/mr.zainuddin.o…/…/10155415357703334

Orang paling kaya adalah mereka yang hidup tanpa hutang walaupun hanya menggunakan kapcai sahaja.

Carilah mentor dan tuan guru untuk belajar cara menjana kewangan diusia muda dan boleh ‘retire young, retire rich’. Woohaa!! 
Previous
Next Post »