6 Tips Mudah Untuk Menghalau Semut Dari Rumah.

Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan menghadapi masalah semut ini, tambah-tambah kalau rumah tersebut terletak diluar bandar. Dengan kawasan rumah yang dikelilingi hutan, mudah juga la semut bebas 'menjelajah' masuk ke dalam kawasan rumah.

Walaupun haiwan ini saiznya kecil, tapi sekali dia datang 'berkumpul' dekat rumah kita, jumlahnya bukan seekor dua kan. Ada yang masuk ke dalam gula, terjumpa dalam makanan hingga hilang selera makan dan kotorkan makanan terutamanya makanan yang manis-manis.

Pening kepala dibuatnya. Nak guna racun, takut bahaya. Kalu semut beracun tu mati dalam makanan yang kita termakan, apa kesannya pula pada kita. Kalau kita tabur dikawasan rumah, dan ada pula kanak-kanak di rumah, bahaya juga kalau-kalau kita terlepas pandang dan anak kita main pula dengan racun tersebut. Jadi, bagaimana?

Sebenarnya, anda tidak perlukan racun serangga pun untuk mengahalau semut-semut ini. Cukup dengan menggunakan bahan-bahan ini sahaja. Ada bahan-bahan ini mungkin ada di dapur anda. Pendek kata, ia senang di buat. Jadi, ini dia 6 tips mudah yang mungkin boleh anda amalkan bagi mengurangkan populasi semut dalam rumah.

1. Daun Sirih

Buat mereka yang tinggal di bandar, mungkin sukar untuk mencari daun sirih ini. Tapi bagi mereka yang tinggal di kampung, memang tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan daun sireh, dan ia boleh digunakan sebagai penghalau semut.

Caranya mudah sahaja, ambil daun sireh tersebut kemudian cincang sehingga halus. Daun-daun ini boleh diletak di mana kawasan-kawasan semut berkumpul. Bau daun sireh yang kuat mungkin berkesan untuk menghalau semut daripada rumah anda.

 

2. Air Lada

Kalau yang ini kami yakin ia lebih mudah untuk dibuat. Anda cuma perlukan lada sahaja. Caranya pun mudah.

Dengan menggunakan lada kering, apa yang anda perlu buat adalah merendam lada terlebih dahulu di dalam air. Lebih mudah jika anda merendam lada tersebut di dalam bekas penyembur air. Jadi, anda hanya perlu menyembur air rendaman tersebut pada semut-semut sahaja. Anda boleh mencubanya.

 

3. Kulit Telur

Anda mungkin tidak pernah tahu sebelum ini bahawa kulit telur juga sebenarnya boleh digunakan untuk menghalau semut. Jadi lepas ini, jangan buang dulu kulit telur tersebut.

Apa yang perlu anda buat adalah membakar kulit telur tersebut sehingga menjadi abu terlebih dahulu, kemudian abu-abu tersebut boleh ditabur pada tempat laluan semut atau di mana anda melihat semut sering berkumpul.

 

4. Kulit Oren / Lemon

Kulit buah oren atau buah lemon mungkin berbau harum kepada manusia namun tidak pada semut. Bau sitrus yang kuat mungkin boleh menghalau semut-semut ini dari rumah dengan mudah.

Apa yang perlu anda buat adalah setiap kali selepas makan buah oren atau lemon, kulitnya dipicit dan disemburkan pada tempat semut berkumpul. Anda akan lihat, semut-semut ini akan mula beredar pergi.

 

5. Serbuk Kopi

Kopi kalau dibancuh untuk minum petang memang sedap, tapi tahukah anda serbuk kopi juga boleh digunakan untuk menghalau semut.

Cuma perlu tabur pada tempat semut berkumpul dan harap-harap semut lari tinggalkan rumah anda.

 

6. Cuka

Ada perlbagai jenis cuka di dalam pasaran, tetapi yang paling berkesan untuk digunakan sebagai penghalau semut adalah cuka putih.

Anda boleh menggunakan cuka putih dengan cara menyembur kepada semut dan semut pasti akan lari kerana tidak suka dengan baunya yang kuat.

 

Jadi, selamat mencuba dan semoga anda tidak lagi mempunyai masalah dengan semut selepas ini.

Sumber : Impiana
6 Tips Mudah Untuk Menghalau Semut Dari Rumah. 6 Tips Mudah Untuk Menghalau Semut Dari Rumah. Reviewed by Ameno World on Wednesday, April 04, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.