Kereta Nasional Proton 2.0, Kenapa Idea Mahathir Patut Disokong.

Oleh : Ayman Rashdan Wong
 

Hangat isu kereta nasional selepas Tun M mengumumkan semalam rancangan untuk memulakan projek kereta nasional baharu.

Bagi den, masih terlalu awal untuk berdebat sebab details pun tak ada lagi. Yang den tertarik ialah Tun sebut pasal "kerjasama dengan negara serantau lain". Negara mana tu? Thailand? Indonesia? Vietnam? Interesting.

 
Tanya den sokong tak? Gila ko tak sokong, den ni kenalah support "Government of the Day". Dalam poket den ada 43 dalil untuk menjustifikasikan projek kereta nasional, tinggal masa bila den nak pakai je.

Cuma, Tun memilih Jepun sebagai tempat pengumuman rancangan beliau menunjukkan beliau tak pernah let go cita-cita untuk melihat Malaysia menjadi negara perindustrian ala Jepun.

Ketika Tun menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (1978-1981), beliau menyaksikan bagaimana Jepun dan Korea Selatan transformed melalui model ekonomi "dirigisme" (developmental state). Itu sebabnya Tun memperkenalkan HICOM (emulate Korea punya HCI), itu sebabnya Tun memperkenalkan sogoshosha (ni hok Jepun pula), dan paling penting, membina jenama negara seperti Toyota, Honda, Mitsubishi di Jepun.

Tapi bagi Malaysia, halangan terbesar kepada perindustrian ala Jepun/Korea ialah populasi yang kecil. Jepun ada dalam 130 juta. Korea ada dalam 51 juta. Malaysia cuma ada dalam 31 juta (waktu 1980-an ada 14 juta je). Pasaran domestik tak cukup untuk absorb keluaran tempatan. Jadi kita hanya boleh opt for "export-oriented industrialization". Tapi hok tu pula kita kena compete dengan negara lain dari segi harga. Kalau kita nak buat cara tu, kita kena minimakan kos pengeluaran. Yang rugi orang kita sebab upah dan gaji dikira sebagai kos pengeluaran.

Tapi itu hok dulu. Hok kini kita tak pasti macam mana sebab Tun pun tak announce plan yang detailed lagi. Cuma dalam mencakna sejarah perindustrian negara-negara Asia ni, den lebih tertarik dengan model Taiwan.

Di kalangan "fully industrialized countries" di Asia ni, Singapura dan Hong Kong tu pusat sektor kewangan dan perkhidmatan. Kita tak leh tiru sangat sebab diorang ni "city-state". Populasi kecil, negara kecil. Jepun dan Korea macam den kata tadi, benchmark tinggi sangat. Tinggal Taiwan je lah ni yang sedang-sedang. Populasi dalam 23 juta, macam kita dulu. Saiz pulau macam Semenanjung kita. Industri terbesar mereka pun macam kita juga iaitu barangan ICT dan elektronik. In case korang tak tau, eksport terbesar kita ialah E&E, dalam 36-37% macam tu, selebih tu ialah barangan kimia dan "processed commodities" seperti petroleum, palm oil.

Walaupun populasinya lebih sedikit, tapi market share Taiwan dalam banyak sub-sektor E&E ni lagi tinggi daripada gabungan market share Jepun dan Korea. Diorang ada brand sendiri: ASUS, Acer, HTC, Trend Micro, MediaTek dan segala bagai brand -tek lain. Yang lagi best, diorang pun ada Hsinchu Science Park yang mirip MSC kita.

Satu lagi kelebihan model Taiwan ialah ekonomi diorang digerak oleh industri kecil dan sederhana (SME), bukan syarikat gergasi. Kalau ikut hok Jepun/Korea ni kita akan create banyak syarikat gergasi monster seperti "Keiretsu" dan "Chaebol" diorang. Apabila syarikat gergasi mendominasi ekonomi, ekonomi susah nak recover kalau berlaku krisis sebab diorang "too big to fail". Macam Jepun, masih tak dapat keluar daripada Lost Decades sejak krisis tahun 1992.

Memandangkan kita dah ada critical infrastructure ICT, elok juga kita push national brand dalam bidang ICT dan elektronik, aerospace dan bidang-bidang yang mewakili Revolusi Industri ke-4. Tapi kita tunggulah dulu apa idea Tun yang sebenar.

Kalau den PM, den perkenalkan Dasar Pandang ke Taiwan pula.

"Chung hsiao tung lu chou chiu pian..."
Kereta Nasional Proton 2.0, Kenapa Idea Mahathir Patut Disokong. Kereta Nasional Proton 2.0, Kenapa Idea Mahathir Patut Disokong. Reviewed by Ameno World on Friday, June 15, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.