Untuk Kaki Travel, Ini Ciri-Ciri Tiket Scam Yang Anda Patut Tahu Supaya Elak Ditipu!

Oleh : Faiz Najmi

KENALPASTI TIKET SCAM

Travel scam di Malaysia tidak sama dengan scam contohnya di India atau Egypt di mana mereka overcharge dan guna teknik hard selling supaya kita hanya menggunakan agen mereka, untuk tour ke Taj Mahal atau Pyramid. Servis mereka hanya melibatkan satu per satu individu pelanggan yang terpedaya (gullible tourists).



Skandal WTS melibatkan beribu-ribu pelanggan yang melibatkan kelesapan jutaan ringgit, ramai agen terlibat, termasuklah syarikat travel yang berdaftar! Ia serupa Ponzi scheme. Lebih teruk daripada travel scam di negara mundur.

Saya percaya agen-agen yang terlibat ini bukanlah penipu, hanya jadi mangsa penipuan WTS sahaja. Maka sebab itulah ramai agen sanggup membayar pakai wang sendiri demi menjaga integriti, reputasi dan persahabatan mereka dengan rakan-rakan.

Saya kasihan kerana ia melibatkan para pelajar Russia dan keluarga mereka yang bakal datang ke Russia untuk menyaksikan graduasi anak-anak kebanggaan. Ramai keluarga terpaksa batalkan trip mereka. Tapi ramai pelajar yang jadi agen ini terpaksa bayar balik semula, sehinggakan jadi murung dan depressed. Pastu nak makan apa diorang ni kalau duit pun dah kena sapu?





Berikut ialah ciri-ciri tiket scam yang dikenalpasti melalui skandal WTS;

1. Open ticket yang harganya lebih murah 30-40% daripada harga tiket biasa.

✅ Entah bagaimana mereka boleh guarantee open ticket dengan harga tetap, saya pun tak tahu. Tapi kes apa yang saya tahu, apabila mereka dijanjikan naik Emirates, mereka naik Oman Air pula. Ini sangatlah fishy kerana open tiket hanya boleh digerenti oleh Airlines sahaja (boleh buat aduan di MAVCOM kalau airlines tidak mematuhi terma & syarat open ticket).

2. Tiket dan confirmation penerbangan hanya dapat tiga (3) hari sebelum penerbangan.
✅ Bila tibanya masa tiga hari sebelum penerbangan, satu apa pun tak dapat. Agreement tiada, terma dan syarat pun tiada. Hanya dapat resit pembelian sahaja. Nak semak dengan airlines pun tak dapat.

✅ Ini lagilah fishy, di kala syarikat penerbangan boleh bagi immediate booking confirmation, dan agensi travel berlesen boleh bagi dalam tempoh tiga hari bekerja, mereka hanya dapat tiga hari sebelum penerbangan.

✅ Kusut minda baq ang! Baiklah beli mahal sikit, sebagai kepastian (assurance) tidak kusut minda sampai hari penerbangan.

✅ Tidak boleh claim kerugian melalui travel insurance jika tiket penerbangan dibatalkan sebegini kerana 


i) tiada tiket dari airlines, 

ii) bukti pembelian tidak sah daripada WTS, 

iii) langsung tiada dokumen rasmi beserta terma dan syarat untuk admit liability.

3. Email bahawa airlines membatalkan penerbangan pada saat-saat akhir (MO untuk telan duit hangpa).





✅ Mereka kata airlines batalkan penerbangan, namun sebenarnya MEREKA TIDAK PERNAH BOOKING TIKET untuk anda pun. Ada mungkin itenerary & booking number semua dah dapat tapi kemudian tiket tersebut dibatalkan

✅ Ini adalah modus operandi (MO) mereka yang paling bodoh untuk melesapkan wang anda. Airlines yang besar dan hebat tidak sama sekali membatalkan penerbangan, melainkan ia mencari ganti penerbangan lain (biasanya dalam airlines alliance mereka seperti skyteam, oneworld etc) untuk anda.

✅ Emirates contohnya pernah memberi tiket pergi balik Russia percuma kepada pelanggannya yang mengalami flight overbooked satu sektor Moscow-Dubai.

4. Syarikat tutup dan nak refund semula.
✅ Katanya ingin membayar semula semua pelanggannya mengikut bulan ditetapkan, padahal dalam whatsapp janji 30 hari. Kita tunggu dan lihat.

✅ Peliknya mana pergi duit WTS yang banyak-banyak tu, sudah pergi ke mana? Tak boleh refund lebih cepat kah?

✅ Kalau syarikat isytihar bankrap, satu sen pun pelanggan tertipu ini tak nampak nanti.

5. Dikatakan wanita mengetuai WTS ini bernama M******* Z**** telah pun terlibat dalam beberapa penipuan bisnes sebelum ini. Ia tidak dapat dipastikan samada beliau scammer atau mangsa keadaan.

✅ Ingat muka beliau dan cross check dengan rakan-rakan bisnes dan senaraihitamkan individu ini.




Saya cadangkan bagi sesiapa yang tertipu itu, hubungi rakan saya Shariful Azmir yang sudah mengumpul barisan peguam untuk mendapatkan semula hak pelanggan. Travel scam yang melibatkan jutaan ringgit dan ribuan mangsa perlu dilawan, walaupun agen hanya menjadi mangsa keadaan. Hak anda perlu dituntut semula.

Boleh tag rakan anda atau share untuk mengelakkan kes sebegini terjadi lagi.

PS : saya menulis ini tidak mengaut apa-apa keuntungan, hanya untuk kesedaran dan untuk kenalpasti travel scam. Travel sepatutnya menyeronokkan, sekarang ini mangsa pun dah tak seronok nak travel!
Previous
Next Post »