3 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Fabricated City.

Oleh : Aien Najihah
 

Fabricated City. Korean Movie. Released on 20th April.



Ia mengisahkan tentang seorang lelaki bekas atlit kebangsaan dan juga kaki gamer bernama Kwon Yoo, dituduh merogol dan membunuh seorang gadis dibawah umur. Pertuduhan ini mengakibatkan Kwon Yoo dipenjara seumur hidup sehingga suatu hari dia berjaya melarikan diri. Nak dijadikan cerita, dia serta rakan-rakan gamers yang lain kemudian bersatu untuk membersihkan namanya.

3 sebab mengapa anda perlu menonton movie ini :
 

1. Ada satu babak dimana ibu Kwon Yoo datang melawat dia dekat penjara dan perasan yang anaknya cedera akibat dibuli/dibelasah kan,

Hell she cried but still strongly said, "Aku taknak jadi mak perogol dan kalau kau pun taknak jadi perogol, bertahan." Sambil berjanji untuk mencari alibi Kwon Yoo.

Peh, menusuk ke hati bai. Ayat itu buat Kwon Yoo cekal bertahan di penjara.

2. Kau tahu kenapa Mr. Hairy salah seorang kawan maya Kwon Yoo bersungguh tolong dia meskipun tak pernah bertemu dunia nyata?

Sebab Mr.Hairy tahu yang Kwon Yoo ini penuh dengan sifat empati. Sebab Kwon Yoo bersedia korbankan diri demi menyelamatkan orang lain.

(proven waktu diorang bertujuh main game)

Eloklah pergi tonton supaya hati kau pun terdidik.

3. Movie ini penuh dengan aksi, plot twist yang sebenarnya lagi besar dari jangkaan kau orang sekarang serta emosi secukup rasa termasuklah part lawak. Kau kan suka benda kelakar.

Dua jam yang paling berbaloi. Keseluruhan cerita Fabricated City jauh lebih baik daripada Fast & Furious yang banyak jual punggung perempuan demi nak tarik penonton.
Previous
Next Post »