Kisah Ching Kooi Yang Dibunuh Komunis Depan Ahli Keluarga Sendiri.

Oleh : Syahril A.Kadir

ADA SESIAPA NAK MASUKKAN DALAM BUKU SEJARAH KISAH CHING KOOI YANG DIBUNUH DEPAN KELUARGA SENDIRI?

Generasi hari ini tidak kenal tuan, tetapi sejarah negara cukup mengenali tuan yang sangat hebat menggalas tanggungjawab sebagai pegawai di Cawangan Khas (SB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Star.

 
Sejarah cukup mengenali tuan sebagai seorang yang amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam 'Gerakan Sedar' di Serdang, Kedah.

Kegigihan dan kesungguhan tuan melumpuhkan kegiatan komunis dengan memusnahkan beberapa tempat persembunyian mereka di kawasan Serdang dan Hutan Relau, Kedah menyebabkan kumpulan itu CUKUP BERDENDAM untuk mengakhiri riwayat tuan.

Tanggal 12 Julai 1973 menjadi detik sejarah perjuangan tuan. Pada tarikh tersebut, kira-kira pada pukul 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah tuan di Serdang, Kedah.

Pengganas komunis itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah tuan. Akhirnya tuan menghembuskan nafas terakhir di HADAPAN KELUARGA TUAN SENDIRI!

Namun tuan insan yang cukup luar biasa. Di saat sedang mengerang kesakitan, tuan masih mampu membalas tembakan musuh tersebut tanpa menghiraukan kecederaan parah yang tuan alami.

Tuan, orang tak kenal siapa tuan, orang tak tahu jasa dan pengorbanan tuan, orang tak pernah waima mendengar nama tuan. Tetapi percayalah, nama dan semangat tuan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebuah negara merdeka bernama Malaysia.

Kami terhutang budi pada tuan...Mendiang Cif Inspektor Chin Chin Kooi.
Kisah Ching Kooi Yang Dibunuh Komunis Depan Ahli Keluarga Sendiri. Kisah Ching Kooi Yang Dibunuh Komunis Depan Ahli Keluarga Sendiri. Reviewed by Ameno World on Tuesday, July 31, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.