Benarkah Dalam Islam Tiada Cukai & Hanya Ada Zakat - Ikmal Nordin.

Oleh : Ikmal Nordin 

Tajuk : Islam tiada cukai, hanya ada zakat?
 

Salam pagi Ahad.

Pagi ni kita cuba melihat betul kah pernyataan 'Islam tidak ada cukai, sebarang cukai adalah haram, dan dalam Islam hanya ada zakat".





Sebenarnya kerajaan Islam sejak dari awal lagi telah ada sumber-sumber selain zakat yang dijadikan punca pendapatan kerajaan.

Pada zaman Umar r.a. ada lima sumber pendapatan: zakat, ghanimah, jizyah, kharaj & 'ushr. 3 daripada ada di dalam Qur'an manakala lagi 2 tidak disebutkan, dan dilaksanakan atas kebijakan pemerintah.

1) Zakat: dibayar oleh orang Islam sahaja dan diagihkan kepada asnaf sahaja.

2) Ghanimah: Harta rampasan perang. Peraturannya disebutkan dalam surah al Anfal.

3) Jizyah: Cukai yang dibayar oleh orang bukan Islam sahaja, sebagai 'kontrak sosial'. Mereka membayar jizyah dan pemerintah muslim menjaga mereka daripada ancaman luar dan dalam. Disebutkan dalam surah at-Taubah.

4) Kharaj: Cukai di atas tanah. Selepas mengalahkan tentera-tentera Rom dan Parsi, kerajaan Islam mencakupi kawasan yang luas dan tanah yang banyak. Tanah-tanah ini diusahakan oleh bekas rakyat Rom dan Parsi, dan kerajaan menetapkan cukai atas pegangan tanah dan hasil tanah.

Cukai ini tidak disebutkan dalam Qur'an, tetapi ditetapkan atas kebijakan amirul mukminin dan kemudiannya menjadi antara sumber terbesar kepada baitul mal.

Untuk sebuah ekonomi yang berasaskan tanah dan hasil tanah, sangat logik untuk kerajaan pada masa itu menetapkan cukai kharaj, sebagaimana sebuah ekonomi yang berasaskan syarikat & perusahaan bergantung pada 'income tax' dan 'corporate tax'.

5) 'Ushr: maksudnya satu per sepuluh, atau 10%. Cukai yang dikenakan atas barang dagangan yang datang daripada luar negara, boleh dianggap sama dengan cukai import atau tarif.

'Ushr dikenakan oleh pemerintah kerana negara lain mengenakan cukai 10% atas barang yang dieksport dari negara Islam, oleh itu Umar menetapkan kadar yang sama atas barang yang diimport.

Ertinya Umar, seorang yang faqih dan belajar langsung daripada Rasulullah SAW, telah mula menetapkan cukai selain zakat berdasarkan keperluan kerajaan. Kalau kita lihat kerajaan-kerajaan selepas itu, lebih banyak lagi sumbernya. Kerajaan Melayu Melaka pun bergantung pada cukai yang pelbagai.

Oleh itu tidaklah begitu tepat untuk kita katakan 'zakat ialah solusi ekonomi Islam'. Ia adalah salah satu solusi daripada solusi-solusi lain.
Benarkah Dalam Islam Tiada Cukai & Hanya Ada Zakat - Ikmal Nordin. Benarkah Dalam Islam Tiada Cukai & Hanya Ada Zakat - Ikmal Nordin. Reviewed by Ameno World on Tuesday, August 14, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.