Ini Penjelasan Mahathir Dimalukan China.

Oleh : Ayman Rashdan Wong

Pro-pembangkang: "tengok, Tun M dimalukan oleh China, Li Keqiang ugut untuk tamatkan press conference kalau PM tak setuju dengan free trade".

Pro-kerajaan: "tengok, hebat Tun M, Li Keqiang ugut tapi beliau balas dengan menyamakan China dengan new colonialism".


Jinjja, boleh tak korang jangan buat kesimpulan hanya berdasarkan satu sedutan video yang tak lengkap?

Masing-masing nak buat modal untuk up kan tokoh pujaan masing-masing. Yang tak boleh belah tu pergi membanding-bandingkan PM ke-6 dan PM ke-7 walhal mereka masing-masing mempunyai konteks yang berbeza.

Dalam video The Star yang viral dan jadi modal (video pertama), ucapan Tun M pasal minyak sawit disusuli oleh ucapan Li Keqiang (PM China) pasal "free trade". Seolah-olah Li Keqiang ugut kalau Malaysia tak setuju dengan terma dan syarat China dalam perdagangan minyak sawit, maka beliau nak tamatkan sidang akhbar on the spot. Dan reaksi Tun M ialah membidas China sebagai pengamal neo-kolonialisme ekonomi.


 

Sebenarnya, dua perkara itu tak ada kaitan pun. Tun M cerita pasal minyak sawit tu minyak sawit punya hal, Li Keqiang cerita pasal free trade tu free trade punya hal. Penyunting video The Star gabungkan dua bahagian itu, korang pula jadi konpius.

Cuba korang tengok potongan video yang penuh (video kedua), sebenarnya Li Keqiang sedang menjawab pertanyaan wartawan tentang perang dagang (trade war) antara US dan China. 




Li Keqiang memulakan jawapannya dengan "tiada pemenang dalam trade war" (贸易战没有赢家, maoyizhan meiyou yingjia), "kerana ekonomi dunia telah berintegrasi melalui perdagangan bebas dan globalisasi" (因为世界经济通过自由贸易和全球化已经形成一个整体, yingwei shijie jingji tongguo ziyou maoyi he quanqiuhua yijing xingcheng yige zhengti).

Kemudian Li Keqiang berceramah sehingga minit 2:50 beliau kata "saya memetik jawapan PM Mahathir tadi untuk menunjukkan pendirian sama kami dalam mempertahankan perdagangan bebas, tapi kalau PM Mahathir ada pandangan yang lain, maka dialu-alukan. Tapi of course, sidang akhbar kita ni bukannya nak diadakan sampai tiada penghujungnya" (我应用刚才马哈蒂尔总理的回答是想表明我们在维护自由贸易方面的共同立场,当然如果马哈蒂尔总理对此有别的想法,那么也可以发表意见。当然我们这个记者会啊不是要求长时间进行, wo yingyong gangcai Mahadier Zhongli de huida shi xiang biaoming women zai weihu ziyou maoyi fangmian de gongtong lichang, dangran ruguo Mahadier Zhongli duici you biede xiangfa, name ye keyi fabiao yijian. Dangran women zhege jizhehui a bushi yaoqiu changshijian jinxing).

Maksudnya apa? Maksud dia, Li Keqiang nak kata beliau dan Tun M dah capai konsensus dalam isu perang dagang iaitu kedua-dua pun tidak setuju dengan protectionism yang diamalkan oleh US di bawah pimpinan Trump. Itulah jawapan Li Keqiang kepada wartawan.

Li Keqiang nak tamatkan sidang akhbar tu bukan nak ugut Tun M, cuma sidang akhbar tu dah diadakan hampir setengah jam, jadi beliau mencadangkan sidang akhbar pun boleh ditamatkan sekiranya Tun M tak ada pandangan lain (这个观点是一致的,那么我们就到此结束, zhege guandian shi yizhi de, name women jiu daoci jieshu), maka soalan trade war tu jadi soalan terakhir. Beliau minta pandangan Tun M, bukannya nak menghina Tun M. Maybe senyuman Li Keqiang tu nampak jahat dan sinis sikit, tapi nada dan bahasa yang beliau guna tu ikhlas.

Pastu Tun M cerita pasal "new colonialism" tu pun bukannya ditujukan kepada China. Cuba baca elok-elok transkrip dia:

"Well I agree with you that the free trade should be the way to go, but of course free trade should also be fair trade. … we do not want a situation where there is a new version of colonialism happening because of poor countries are unable to compete with rich countries in terms of just open free trade, it must also be fair trade. In that I support free trade together with Prime Minister Li."

Nak tafsir ayat ni korang kena rujuk balik track record Tun M selama 22 tahun sebagai PM ke-4. Memang itulah ayat "caveat" yang Tun M pakai setiap kali beliau sebut pasal free trade. Tun M secara umumnya sokong perdagangan tapi beliau nak pengecualian diberikan kepada negara-negara sedang membangun (developing countries) termasuk Malaysia, negara "South", negara "Third World" yang termasuk CHINA. Tak pernah ada orang rujuk China sebagai "rich country". China is and always disebut sebagai sebuah "developing country" dalam apa-apa perbincangan di peringkat antarabangsa.

Jadi, kenyataan Tun M adalah bersifat umum untuk melindungi Malaysia daripada memberi komitmen terhadap perdagangan bebas secara penuhnya, terutamanya dengan negara-negara Eropah yang ada perundingan perdagangan bebas dengan Malaysia, bukannya dituju kepada China. Jadi tak perlulah drama sangat, China tak ada nak memalukan Malaysia, Malaysia pun tak ada nak memalukan China.

China memerlukan Malaysia, Malaysia memerlukan China. China memerlukan Malaysia kerana Malaysia memegang "lifeline" ekonomi dan strategi China menerusi Selat Melaka. Malaysia memerlukan China kerana China memegang "lifeline" ekonomi Malaysia menerusi kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap China. China tak boleh pinggirkan Malaysia kerana itu akan memaksa Malaysia memilih pakatan US-Jepun-India-Australia yang anti-China, Malaysia tak boleh pinggirkan China kerana US bukannya rakan yang boleh diharap dan Jepun terlalu lemah. Jadi masing-masing berkompromi dan berdiplomasi, "business as usual".

Jadi tak kira PM ke-4, ke-5, ke-6, ke-7 atau ke-8, logik hubungan Malaysia-China tak akan lari dari faktor-faktor ini. Jadi sudah-sudahlah nak cari point untuk politik pun. Ada banyak isu boleh korang main. Rilek korang.
Ini Penjelasan Mahathir Dimalukan China. Ini Penjelasan Mahathir Dimalukan China. Reviewed by Ameno World on Friday, August 31, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.