'Kenduri Arwah' Di Dalam Pelbagai Kepercayaan Dan Agama.

Oleh : Ahmad Iqram Muhammad Nor

Kenduri Arwah" Di Dalam Agama-Agama

Saya tertarik dengan ritual berkenaan dengan “Doa Keselamatan Kepada Orang Sudah Meninggal” yang majoriti ada diamalkan oleh banyak agama di dunia ini. 



Ritualnya terdapat di dalam pelbagai cara dan bentuk samada dengan menyediakan makanan kepada roh, membuat majlis keraian dengan menjamu makan kepada tetamu sempena ulang tahun kematian, membuat persembahan dan konsert untuk menghiburkan roh dan sebagainya. 

Hal ini adalah usaha untuk mengembirakan dan mententeramkan roh bagi orang yang telah meninggal. Antara ritual dan tempat yang dapat disenaraikan:

Kemboja : Pchum Ben (hari memperingati nenek moyang)

Vietnam : ritual Cung Tat Nie

Jepun (Shinto) : ritual Sorei


Korea (Shamanisme) : ritual Jesa

Jawa : ritual Nyadran

India (Hindu) : ritual Sharddha atau Tarpan

China (Chinese folk religion) : ritual Jingzu

 

Dan banyak lagi. Malah kepercayaan ini juga wujud di Mexico dan juga sebahagian masyarakat Barat. Ritual ini berfalsafahkan dengan nilai hidup manusia di dunia ini tidak terlepas dari berkomunikasi dan juga berkomuniti. Manusia adalah makhluk bersosial yang saling memerlukan di antara satu sama lain.

Malah fitrah manusia juga memiliki sifat belas kasihan dan juga tolong menolong di antara satu sama lain. Oleh demikian itu, sifat ini juga akan sentiasa wujud di dalam diri manusia sehinggalah kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Oleh disebabkan manusia beragama memiliki sikap belas kasihan dan juga mereka memahami realiti kehidupan setelah mati akan berdepan dengan hari pembalasan seperti syurga dan neraka. 


Demikian itu, wujudnya ritual dan kepercayaan yang diatasnamakan kepada agama untuk membantu orang-orang yang telah meninggal dunia dengan berharapan dengan cara itu dapat membantu dengan mengirim pahala dan juga makanan ke alam sana.

Sebab itu wujud pembakaran kertas berbentuk harta benda, membuat perjamuan makanan dan bermacam lagi. Ini kerana akal manusia terhad memahami menolong roh orang yang meninggal itu adalah seperti apa yang mereka fikirkan seperti seorang manusia itu hidup.

Cuma perbezaan yang dapat diteliti adalah bentuk ritual yang mengadakan jamuan kepada roh dan juga membuat jamuan kepada orang ramai sempena memperingati si mati berserta dengan doa selamat, ia kebanyakkan dilakukan di negara yang kuatnya pengaruh agama Hindu, Buddha, kedua, kepercayaan roh dapat merayau dan ketiga kepercayaan kepada kewujudan neraka.

Ritual yang berbentuk sebegini tidak dianjurkan di dalam Islam. Walaupun begitu Islam menuntun fitrah manusia yang mana sikap yang mahu kepada keselamatan dan juga pahala sentiasa mengalir walau setelah meninggal. Islam mengajar ia berkait rapat dengan usaha dan amalan ketika seorang muslim itu masih hidup. Sabda nabi yang bermaksud:

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh”
(HR. Muslim no. 1631)
Previous
Next Post »