Krisis Ekonomi Turki - Ikmal Nordin.

Oleh : Ikmal Nordin

Tajuk : Krisis ekonomi Turki

Turki sedang mengalami krisis matawang. Bermula dengan

1) US menambah tarif (cukai) ke atas 2 barang dari Turki: aluminium dan besi. Aluminium dikenakan cukai 20% dan besi sebanyak 50%.

2) Matawang Turki (lira) yang sudah jatuh sebelum ini, jatuh dengan lebih teruk lagi. Sekarang RM1 bersamaan 1.68 lira. Ia bagus untuk syarikat pelancongan dan mereka yang mahu bercuti-cuti di Turki tapi tidak bagus untuk rakyat Turki sendiri.

3) Impak pertama ialah pada sistem kewangan Turki. Kejatuhan matawang mungkin tidak perlu begitu menyakitkan, tapi Turki ada hutang luar (foreign debt) yang banyak, mencapai 53% GDP.

Hutang luar ini ditetapkan bukan dalam lira, tapi banyaknya dalam bentuk USD. Bila lira jatuh berbanding USD, hutang-hutang ini tiba-tiba melambung nilai dan bayaran balik jadi lebih mahal.





Hutang luar inilah sebab kenapa Korea Selatan sangat terhimpit semasa Krisis Asia tahun 1997. Bila duit Korea, iaitu won jatuh, senak perut mereka nak bayar balik, sehingga terpaksa meminjam daripada IMF.

4) Sudah pasti rakyat biasa tertekan juga, sebab barang import jadi lebih mahal. Inflasi pun meningkat.
Krisis Ekonomi Turki - Ikmal Nordin. Krisis Ekonomi Turki - Ikmal Nordin. Reviewed by Ameno World on Tuesday, August 14, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.