Perangai Pekerja TV3 Macam Dajal - Fathia Latiff.

TIDAK puas hati kononnya khidmat beliau dalam sebuah acara stesen televisyen tidak dibayar, aktres Fathia Latiff menyelar TV3 dan menuntut pihak terbabit menyegerakan bayaran yang sepatut diterimanya.

Pelakon drama Ariana Rose itu mendakwa dia mempunyai kontrak bagi membuktikan tuntutan yang dibuat itu adalah wajar.

“TV3, Media Prima tolong pulangkan duit saya untuk projek kormersial yang pernah saya buat beberapa tahun lalu. Jangan putar belit cerita.

“Kontrak ada semua jawapan dan baca betul-betul sebelum mendengar daripada pekerja-pekerja anda,”
katanya dalam satu kenyataan di Instagram pada rabu.

Dalam pada itu, Fathia, 31, turut meminta agar namanya tidak lagi disenaraihitamkan daripada membintangi drama atau telefilem terbitan stesen tersebut.

Dia turut mendakwa pekerja-pekerja di stesen televisyen itu bersikap tidak adil apabila memilih pelakon-pelakon baharu membintangi drama mereka.

“Sebab tu rating turun sebab pekerja TV3 macam ‘dajal’. Cerita-cerita sedap suka hati korang tolak. Lepas tu pelakon baru korang sukalah sebab senang nak buli.

“Korang sedar tak korang kuli batak. Produser hebat penat pitching tapi korang ambil cerita lemau kampung yang tak stimulate dengan otak,”
tulisnya lagi.

Tambah Fathia lagi, dia juga dipergunakan oleh stesen berkenaan untuk menaikkan rating rancangan hiburan stesen itu apabila ditemubual dalam rancangan hiburan Melodi.
Perangai Pekerja TV3 Macam Dajal - Fathia Latiff. Perangai Pekerja TV3 Macam Dajal - Fathia Latiff. Reviewed by Ameno World on Wednesday, August 29, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.