10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton PASKAL The Movie!

Oleh : Shuhaimi Dongga

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU TONTON PASKAL THE MOVIE!

1. BEST GILA. Kata tak best.. rupanya even far better than any other war movies in Malaysia. Ada berapa jer filem macam nie kat negara kita.

2. TAK SESUAI TENGOK SEORANG. Bawa ahli keluarga sahabat handai tengok sebagai tanda sokongan anda terhadap perwira-perwira negara. Bukan hanya sekadar PASKAL malahan keseluruhan warga ATM. Ini bukan cerita pasal PASKAL semata. This movie is about our Armed Forces as a whole!




3. KISAH BENAR. Kejadian yang hampir mengorbankan nyawa Panglima PASKAL sekarang sewaktu penugasan misi PBB beliau di Angola. Bertubuh kecil & kurus tapi memiliki jiwa dan semangat kental. Hati kering yang tiada perasaan gentar walau maut cuma berjarak sejengkal.

4. PASKAL. Kenali apa itu PASKAL - Pasukan Khas Laut TLDM yang julung-julung kali diexposekan kewujudan mereka pada public. Why..? Sebab mereka tidak memerlukan kewujudan mereka diketahui. Tugas mereka memastikan anda tidur lena diwaktu malam kerana mereka akan mendatangi anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat kenikmatan menikmati tidur anda bersama keluarga. Walaupun keluarga mereka sendiri ditinggalkan demi anda, demi kedaulatan negara!

5. JIWA. Jarang-jarang anda didedahkan dengan apa sebenarnya yang pasukan keselamatan kita lakukan hari-hari. Untuk mencapai tahap seperti apa yang dipaparkan di dalam movie ini memerlukan lelaki yang betul-betul jantan.. peralatan yang betul-betul berteknologi dan hati yang betul-betul kering untuk bersedia merobek perut atau melubangkan kepala pihak musuh yang cuba mencemar kesucian dan kedaulatan negara tercinta. Anda buat tugas anda di pejabat.. kami buat tugas kami di lapangan.

6. DEMI NEGARA. Anda boleh membuktikan kecintaan anda kepada negara tanpa perlu mengangkat senjata. Cukup sekadar angkat kaki masuk pawagam dan tonton filem ini. Bukan kerana PASKAL.. bukan kerana disuruh.. bukan kerana pakwe nak belanja then baru tengok.. tapi tengoklah kerana cuba untuk memahami bagaimana anda dapat berada dan hidup di dalam negara yang selesa, aman dan damai di Malaysia. Siapa di belakang tabir kepada keamanan yang kita kecapi. Siapa yang tinggal anak bini untuk anda melepak dan merempit setiap hujung minggu. Jangan sia-siakan masa anda dan mati dijalanan kerana ada segolongan makhluk lain yang berjuang bermati matian melaksanakan tugasan even tewas dalam latihan. Demi negara! Demi anda!





7. PENGHARGAAN. Buktikan sedikit penghargaan anda kepada kami warga pembela maruah bangsa yang kurang di endah ketika negara aman. Tak mintak banyak. Cuma minta menonton dan memahami tugas dan tanggungjawab.. kerana action speak louder than words. This is one of the way untuk anda menyelami hati-hati kami..hati-hati keluarga kami yang sebilang masa risau memikirkan keselamatan kerana nyawa adalah permainan.

8. PANGLIMA HITAM. Pahlawan melayu terulung di era kegemilangan Kesultanan Melayu. Unit KD PANGLIMA HITAM meneruskan kesinambungan kegagahan dan taat setia kami kepada raja dan negara. Jiwa dan semangat tak pernah luntur walau peluru datang berterabur!

9. MALAYSIAN SPECIAL FORCES. Peluang untuk mengenali keupayaan dari segi skill dan peralatan pasukan khas. Bukan hanya untuk nampak gah dimata..tapi we need those items demi untuk memastikan tembakan yang dilepaskan tepat membunuh..bot yang dinaiki cukup laju..tenaga dan keupayaan seiring dengan teknologi dan konsep peperangan ketika ini. Ini cerita PASKAL..nt mgkin akan diteruskan dgn pasukan-pasukan khas yang lain seperti Komando dan PASKAU. Bukan tujuan mencari glamour atau tujuan commercial semata.. tapi yang penting kami berkongsi kisah hidup kami di kala anda tidur di tilam empuk.. dan kami berjaga di hutan rimba berselimut lumpur berteman segala mcm spesis kehidupan lain. Kami kongsi untuk anda bagaimana kami berkorban untuk negara!

10. PELUANG. Last but not least. Kalau anda cukup jantan, negara masih memerlukan orang-orang seperti anda untuk sama-sama mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara tercinta. Kalau bukan untuk kita, untuk anak-anak dan generasi yang akan datang. Anda mampu menjadi sebahagian dari benteng keselamatan negara..!ya anda lah..siapa lagi ..!!
10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton PASKAL The Movie! 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton PASKAL The Movie! Reviewed by Ameno World on Thursday, September 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.