Abam Bocey Semakin Kurus, Dan Ini Adalah Rahsianya.

Pelakon dan pelawak tempatan, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan nampaknya semakin kurus.

Perkara itu diperkatakan netizens apabila Abam Bocey berkongsikan perubahan fizikalnya di laman sosial miliknya, Instagram semalam.




"Kurus dah sikit," kata Ahmad. Netizens yang lain turut berkongsikan pandangan yang sama. "Wah. Abam dah kurus la," komen Cbtchan.

Beberapa bulan kebelakangan ini Abam Bocey rajin berkongsikan beberapa aktiviti yang dibuatnya bagi menjayakan #misimengecil di Instagramnya.



Dengan hashtag seperti #GemukIsAwesome, #KecikUntukIbadah, #YouCanLoseWeightFromHome, Abam Bocey dilihat memberikan kata-kata semangat untuk dirinya dan mereka-mereka diluar sana yang sedang berusaha untuk kuruskan badan.

Selain aktif beriadah dan bersukan, Abam Bocey juga dilihat sanggup masuk ke gym bagi mereliasasikan hasratnya untuk kurus dengan sihat.


Meskipun tidak menjelaskan kenapa beliau nekad untuk menguruskan badan tetapi berdasarkan kepada hashtag, dipercayai ia ada kaitan dengan kesihatan dan memudahkan pergerakan terutamanya ketika melakukan amal ibadah.

Bagi mereka yang ingin kuruskan badan, mungkin boleh meniru cara Abam Bocey dalam #misimengecil. Tinggalkan semua pil-pil kurus yang tak pasti keberkesannnya, dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat.  - SeMBangPress.
Abam Bocey Semakin Kurus, Dan Ini Adalah Rahsianya. Abam Bocey Semakin Kurus, Dan Ini Adalah Rahsianya. Reviewed by Ameno World on Thursday, September 20, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.