Galileo Galilei Pelawan Gereja Yang Mempertahankan Kebenaran Sistem Solar.

Oleh : Zamir Mohyedin
 

20 September adalah hari ulang tahun Galileo Galilei dikenakan perbicaraan (trial) kerana membawa kebenaran bahawa Matahari adalah pusat dalam sistem solar pada tahun 1633.

Galileo telah dituduh melakukan 'heresy' (pelaku bida'ah) dan Gereja telah mengarahkan Galileo untuk;

1. Meninggalkan doktrin (heliosentrik) ini.
2. Tidak mengajarkannya pada orang lain.
3. Tidak mempertahankannya.
4. Tidak menjadikan ia sebagai pegangan.


Kemudian Gereja memberikan arahan, "Kalau arahan ini tak diterima, anda akan dipenjarakan."

 
Galileo dibicarakan lagi sambil dihukum dan diancam secara fizikal. Ini merupakan proses 'inquisition' yang sangat popular ketika zaman pertengahan dulu.

Memaksa individu meninggalkan suatu ajaran melalui seksaan. Inilah yang umat Islam kena dulu ketika dihalau dari Sepanyol ketika pemerintahan Ratu Isabella pada tahun 1412.

Selepas itu, Galileo dipenjarakan seumur hidup. Mula-mula dipenjara di Gereja, kemudian di rumahnya sendiri. Semua karya-karyanya diharamkan.

Galileo ini jenis cakap 'direct' dan kurang sikit adab. Dia membodohkan teologis-teologis Gereja tanpa lapik. Ini mungkin antara sebab kenapa dia sukar nak pujuk golongan ini.

Menurut legenda, sebab tak tahan dengan seksaan, Galileo umumkan di hadapan Gereja yang dia meninggalkan heliosentrik tapi mulutnya dengan perlahan berkata, "Epput si muove" (and yet it moves).

Perkataan ini bermaksud, macam mana pun kepercaayan Gereja tentang geosentrik, Bumi tetap bergerak keliling Matahari.

Pada hari ini, perkataan itu sering melambangkan idea bahawa, "Apa pun yang kau percaya tak penting, ini adalah faktanya."

May God bless you, Galileo ❤️.
Galileo Galilei Pelawan Gereja Yang Mempertahankan Kebenaran Sistem Solar. Galileo Galilei Pelawan Gereja Yang Mempertahankan Kebenaran Sistem Solar. Reviewed by Ameno World on Tuesday, September 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.