Mereka Diseksa & Dibunuh Demi Mempertahankan Malaysia.

Oleh : A.Syahril Kadir

MEREKA DISEKSA, DIBUNUH DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA BERNAMA MALAYSIA!

 
PADA 1 Mac 2013, Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang berasal dari KampungKubang Ikan, Terengganu dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam meninggal serta merta akibat ditembak TEPAT DI KEPALA oleh penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.



Keesokan harinya, penceroboh Sulu juga telah membunuh enam pegawai dan anggota polis dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Dalam kejadian itu, Allahyarham Sarjan Baharin Hamid, berasal dari Alor Gajah, Melaka, dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

Leher Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, dari Klang, Selangor, pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka.

Leher Allahyarham Lans Koperal Salam Togiran hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Allahyarham Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Allahyarham Superintenden Ibrahim Lebar, berasal dari Besut, Terengganu manakala Mendiang ASP Michael Padel, dari Serian, Sarawak mengalami kecederaan pada bahu dan dada.

Kira-kira 23 tahun sebelum itu, pada tanggal 19 Februari 1980, Pegawai Waran Mendiang Kanang anak Langkau, dari Semanggang, Sarawak terlibat dengan pertempuran dengan gerila komunis di Tanah Hitam, Perak.

Dalam pertempuran itu, dia telah ditembak sebanyak tiga kali. Peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan!

Mereka adalah antara cebisan kisah daripada catatan sejarah negara.

Walaupun dari Sabah dan Sarawak, mereka berjuang mati-matian untuk mempertahankan tanah semenanjung Malaysia. Walaupun dari semenanjung, mereka sanggup diseksa dan dibunuh demi mempertahankan rakyat Sabah dan Sarawak.

Kerana apa? Kerana kita orang Malaysia.

Mereka tidak bercakap pasal Sabah atau Perlis.

Mereka berjuang atas satu nama iaitu MALAYSIA.

 

Tidakkah kita merasa malu mahu melaga-lagakan dan bermain sentimen sesama kita sedangkan mereka telah sanggup mempertaruhkan nyawa demi kebebasan dan keamanan yang kita nikmati ketika ini?
Mereka Diseksa & Dibunuh Demi Mempertahankan Malaysia. Mereka Diseksa & Dibunuh Demi Mempertahankan Malaysia. Reviewed by Ameno World on Tuesday, September 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.