One Two Jaga : Anjingkah Polis? - Sham Shinoda.

Oleh : Sham Shinoda

One Two Jaga,

Anjingkah polis?

Sebelum tu aku nak cakap yang Nam Ron telah berbohong. Dia kata jalan cerita ni biasa-biasa saja, ringan dan mudah. Tapi sebenarnya mesej itu digumpalnya dihujung cerita kemudian disuruhnya penonton bawak balik dan berfikir diluar pawagam.


Bukan sinopsis, tapi filem ni amat berani, diluar norma filem Melayu Malaysia, mungkin dinegara lain ya, filem menceritakan sisi hitam seorang polis sudah biasa ditayangkan, tapi dinegara kita mungkin ianya yang pertama (kalau tak silap aku).

Polis makan rasuah, polis kuat pow, Indon, Bangla, Myanmar. Inilah doktrin yang sudah masuk dalam kepala kita, terutamanya yang hidup dibandar metropolitan.

Tapi dalam cerita ini dinampakkan sisi seorang bapa yang juga seorang polis yang mengambil "duit tepi". Untuk menggembirakan keluarga, mengisi perut anak. Bukanlah polis ini memiliki kereta besar, rumah yang besar, bini yang vouge. Bukanlah aku cakap mengambil rasuah itu betul, atas apa alasan pun RASUAH ADALAH SALAH DISISI UNDANG-UNDANG.

Sistem yang memakan siapa yang lemah ini melahirkan pemberontak. Tak perlulah aku cerita wataknya, pegi tengok sendirilah. Yang lemah akan ditindas, yang diatas makan besar, yang dibawah makan sisa. Semua orang mahu hidup. Tapi yang diatas sudah serba cukup tapi ketamakan mahu mengaut lebih, akhirnya sistem itu celaru. Hanya 2 pilihan, lawan atau ikut rentak sistem batil itu.

Ada lagi beberapa watak gila dalam ni.

Paling jem bila filem ni menyeksa otak dengan membawa aku ke zaman muda remaja dengan lagu Kami Yang Disyaki by The Suspect. Tapi tulah baru nak bangun lagu habis, hantu betul.

Rating? Aku tak reti. Jadi macam ni. Kalau kau minat cerita kejap-kejap bertumbuk ini bukanlah movie untuk kau. Kalau kau minat cerita kejap-kejap terkejut cerita ni pun bukan untuk kau.

Tapi kalau kau minat nak tahu apa yang sedang berlaku di negara kita ni, sistem yang rosak ni, maka inilah filemnya.

Jadi anjingkah polis? Ya polis yang sudah serba cukup tapi masih tamak dengan tawaran yang boleh menggugat keselamatan negara.

Bagaimana pula polis yang hanya pow untuk "top up" ketidakcukupan pendapatan untuk menampung keluarga? Anjingkah juga mereka?

Aku tak tahu, soalan ni Nam Ron tinggalkan untuk kita semua fikirkan.

Tiada rating dari aku.

Sorry sangat.
One Two Jaga : Anjingkah Polis? - Sham Shinoda. One Two Jaga : Anjingkah Polis? - Sham Shinoda. Reviewed by Ameno World on Wednesday, September 12, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.