Trump Mahu Jadi American Hero.

Oleh : Hisemudin Kasim

TRUMP MAHU JADI AMERICAN HERO

Dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat, Trump memang menonjolkan idea mahu menjadikan Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar ekonomi dengan membentangkan dasar-dasar perlindungan terhadap pertanian, industri dan percukaian dalam negara dan sebagainya.

Donald Trump
Satu demi satu telah dilakukan reformasi terhadap polisi yang diamalkan ketika era Obama. Walaupun tidak semuanya berjaya, ia telah meninggalkan impak yang besar terhadap “movement” bagi meluaskan lagi polisi ini sehingga mencangkupi perdagangan luar negara Amerika Syarikat.

Kini seluruh dunia telah sedar, Trump memang dapat lakukan.

Sebaik saja mengangkat sumpah sebagai presiden, Trump telah memansuhkan perjanjian awal TTPA yang merangkumi 12 buah negara-negara pesisiran Asia Pasifik, termasuklah Malaysia.

Ini kerana menurut Trump, jika perjanjian ini diteruskan ia akan mengancam ekonomi Amerika Syarikat dengan lambakan barang-barang pertanian, industri dan sebagainya dari negara-negara sedang membangun.

Ia bertentangan dengan idea Trump yang lebih condong kepada dasar perlindungan dalam negara berbanding dasar globalisasi perdagangan. Kerana Amerika Syarikat sebenarnya tidak perlukan pun banyak sumber asing sama ada dari sumber bumi, pertanian, industri, intelektual dan sebagainya.

Langkah seterusnya ialah untuk menseimbangkan perdagangan antara negara-negara utama rakan dagang Amerika Syarikat. Di samping meletakkan polisi politik Amerika Syarikat yang lebih keras terhadap negara-negara yang dikatakan mengamalkan dasar keganasan antarabangsa, satu ungkapan yang sering ditujukan kepada Korea Utara dan Iran.

Kini dua buah buah negara yang menjadi kuasa ekonomi dunia ialah Amerika Syarikat dan China. Kedua-dua negara saling bergantung antara satu sama lain dalam banyak isu perdagangan, namum defisit perdagangan memihak kepada Amerika Syarikat, yakni lebih banyak menguntungkan China.

Maka inilah yang menyebabkan Trump berang terhadap China. Trump juga marahkan Kesatuan Eropah (EU) dengan lambakan produk-produk EU di pasaran Amerika Syarikat.

Ini ditambah dengan desakan dalaman Amerika Syarikat dari kesatuan-kesatuan pengeluaran produk pertanian, tenusu dan lain-lain agar kerajaan mengetatkan kemasukan barang-barang ini.

Maka langkah yang harus dilakukan ialah dengan meningkat tariff, iaitu cukai import terhahap barang-barang dari luar Amerika Syarikat.

Sasaran utama ialah China. Dengan mengenakan tambahan 20% tariff terhadap produk-produk terpilih dari China terutamanya yang berasaskan jentera, teknologi dan lain-lain, ia telah menyebabkan satu ketegangan bermula.

Sebagai balasannya, China juga telah berbuat yang sama terhadap produk-produk Amerika Syarikat terutamanya daging dan kacang soya.

Sejak bermulanya ketegangan ini yang sering disebut sebagai “trade war”, maka bursa saham China (FTSE China – Shanghai & Hang Seng – Hong Kong) telah mengalami kegoncangan. Sentimen ini merebak ke bursa saham Jepun (Nikkei) serta bursa saham Korea Selatan (Kospi).

Oleh kerana bursa-bursa saham ini dibuka lebih awal dari negara-negara Asia Tenggara, maka ia dijadikan rujukan oleh para pelabur dan penganalisis pasaran. Sebab itulah bursa saham Malaysia (FBM KLCI), bursa Singapura (STI) dan lain-lain juga turut jatuh terduduk.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati terhadap Kesatuan Eropah (UE), Amerika Syarikat cuba-cuba mengacah namun rintangan yang agak kuat menyebabkan “trade war” antara Amerika Syarikat dan EU tidak menampakkan kesan yang meluas.

Namun ia meninggalkan kesan yang agak besar terhadap ekonomi Turki. Walaupun Turki mahu mendakwa sebagai negara Eropah yang maju, tetapi permohonan untuk menyertai blok negara-negara UE masih belum terlaksana.

Bagaimanapun, kebergantungan perdagangan antara UE dan Turki amatlah besar. Ibarat pukul anak sindir menantu. Itulah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Turki, satu langkah untuk “mengajar” UE juga.

Dengan mengeksploitasi keadaan politik Turki, Amerika Syarikat mengenakan pelbagai tekanan terhadap Turki. Ia menyebabkan matawang Turki, Lira jatuh sedikit demi sedikit. Sebagai pukulan maut terhadap Turki, Amerika Syraikat mengenakan lagi tariff eksport keluli dan aluminum yang tinggi. Lira Turki akhirnya menerima tamparan yang lebih kuat.

Akibat daripada kegoncangan ekonomi dan kejatuhan matawang Lira ini, ia terus merebak ke pasaran Eropah dengan begitu cepat. Ia juga telah melangkaui ke pasaran bursa China, Jepun dan Korea Selatan. Akhirnya ia juga merebak ke bursa saham Asia Tenggara.

Antara syarikat-syarikat Malaysia yang paling teruk mengalami kejatuhan harga di bursa Malaysia ialah IHH, Malaysia Airport Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). Ini kerana IHH, sebuah syarikat berbentuk hospitaliti semenangnya berasal dari Turki yang hanya 40% sahaja dimiliki oleh Malaysia.

Malaysia Airport Berhad pula mengendalikan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul. Manakala TNB memliki ekuiti dalam sebuah firma penjanaan kuasa yang diperbaharui di Turki.

Sejak seminggu ini pula, pasaran saham Asia menerima tekanan jualan sekali lagi. Trump mengancam lebih banyak tariff dikenakan ke atas China. Ia membuat China melakukan perkara yang sama.

Sebab itu bursa saham Malaysia dan di Asia Tenggara kelihatan “merah” sahaja. Bak kata orang, demam kura-kura yang belum kebah.

Apakah ekonomi dan bursa saham di sebelah sini saja yang teruk ?

Akibat dari dasar-dasar monitari Amerika Syarikat, ia bakal meruntuhkan ekonomi dunia. Ini sebagai permulaan sahaja. Kita tahu “economi cycle” akan bergerak dalam 10 tahun. Dalam tahun 2008, seluruh dunia mengalami “down trend” di mana banyak negara mengalami keperitan ekonomi.

Kini 10 tahun kemudian, di tahun 2018 bibit-bibit kemelesetan ekonomi telah bermula.

Afrika Selatan telah mula mengalami kemelesetan ekonomi. Diikuti oleh kejatuhan nilai matawang Argentina dan India. Akhir sekali dalam beberapa hari ini, Rupiah Indonesia juga mengalami kejatuhan.

Bagi Malaysia, kejatuhan ekonomi dan matawang serta bursa saham dikenal pasti sejak kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dengan pelbagai andaian dan kenyataan yang mengelirukan daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menyebabkan kurangnya keyakinan oleh para pelabur asing dan dana-dana asing. Masing-masing membawa keluar dana-dana mereka.

Maka ia menyebabkan kejatuhan Ringgit berbanding US Dollar. Kini Ringgit didagangkan pada RM4.15 berbanding US$1.00 pada 5hb September yang lalu.

Penyusutan rizab BNM yang digunakan untuk membeli Ringgit di pasaran bagi menstabilkan nilai Ringgit telah menyebabkan aset BNM jatuh dengan begitu ketara.
Trump Mahu Jadi American Hero. Trump Mahu Jadi American Hero. Reviewed by Ameno World on Tuesday, September 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.