3 Tips Penting Untuk Pilih Pasangan Hidup Anda.

Oleh : Yazid Zul
 

Izinkan saya berkongsi 3 tips penting pilih pasangan. Sebabnya, kalau kita salah pilih, merana hidup. Dapat suami kaki pukul atau dapat isteri curang, tentulah derita berpanjangan. Saya kenal seorang isteri ni. 



Suami dia suka pukul dia dengan kerusi, kadang-kadang masuk hospital. Ada juga kes isteri yang dapat suami kaki minum. Bila balik saja mabuk-mabuk. Jadi, macam mana nak mengelak dapat pasangan psiko macam ni. 

Ada 3 tips:

1. Tengok cara dia layan orang yang dia BENCI atau tak suka.

Jangan tengok cara dia layan korang. Kalau dia suka korang, tentulah dia layan sehabis baik buat masa sekarang. Kentut pun dia kata wangi. Sebaliknya, tengok cara dia layan orang yang dia tak suka. Adakah dia jenis yang menjerit-jerit dan maki hamun orang? Adakah dia jenis yang suka boo orang? Adakah dia jenis yang suka gelakkan orang dan perlekeh orang? Adakah dia jenis yang emosi dan tak matang bila berdebat? Kalau dia jenis macam ni, eloklah elakkan.

Sebabnya, begitulah cara dia akan layan korang bila dia bertengkar dengan korang nanti. Dan semua suami isteri akan bertengkar juga sebab berselisih pendapat tu lumrah perkahwinan. Tapi kita taknak pasangan yang emosi, yang biadap dan kurang ajar pasal karektor sebegitu menyakitkan hati.

Serius cakap. Lebih baik korang single daripada kawin dengan orang jenis macam tu.

It is better to be single than to be married to a boy who is obsessed with physical and appearance.



2. Tengok cara dia layan jiran dan guru.

Seorang sahabat Nabi s.a.w minta nasihat pasal dia nak tahu samada dia orang baik atau tidak. Nabi s.a.w suruh dia tanya jiran dia. Kalau jiran dia kata dia jahat, jahatlah maknanya. Kalau jiran kata dia baik, baiklah. Sebab jiran ni lebih nampak hatibudi dan perangai kita.

Tengok juga cara dia layan guru. Pasal dalam banyak-banyak orang, guru ni antara orang yang paling berhak dihormati. Sebelum ni saya pernah jadi peguam. Sedikitpun saya tak takut dengan bos atau pihak atasan. Tapi kalau dengan guru, saya takut. Pasal saya takut hati mereka terguris lalu tiada keberkatan dalam hidup.

Kalau orang tu jenis suka perlekeh guru, cikgu atau pensyarah, janganlah korang buat pasangan. Sebabnya jenis ni tiada standard.

3. Tengok cara dia urus masa

Carilah pasangan yang merancang masa depan. Sebabnya, kalau dia care, dia akan rancang masa depan dan berusaha rajin pasal dia nak korang bahagia. Kalau orang tu kerjanya mengata orang, atau asyik main game, atau asyik melepak dengan member, eloklah elak saja jenis ni.

Lelaki baik akan jadikan pasangan dia priority.

A real man provides. And he does it even when he was not appreciated, or respected, or even loved. He simply bears up and he does it. Because he's a man.

Wassalam.
3 Tips Penting Untuk Pilih Pasangan Hidup Anda. 3 Tips Penting Untuk Pilih Pasangan Hidup Anda. Reviewed by Ameno World on Saturday, October 20, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.