Belajar 10 Ilmu Bisnes Dari Pilot.

Oleh : Norizan Bin Sharif Official

BELAJAR 10 ILMU BISNES DARI PILOT

 
1. Sebelum terbang, pilot akan pastikan dia tahu cuaca di perjalanan dan memfailkan flight path. Sebelum buat bisnes, pastikan kita tahu iklim industri dan buat bisnes plan.


2. Sebelum terbang, pilot akan pastikan minyak cukup. Nak buat bisnes, pastikan kita ada sumber yang cukup.

3. Take-off adalah masa paling kritikal dan merbahaya dalam penerbangan. Pastikan semua penumpang pakai tali keledar keselamatan. Beberapa tahun pertama bisnes ialah masa paling kritikal. Bersedia hadapi segala kemungkinan.

4. Pesawat terbang tinggi untuk dapatkan udara nipis. Di situ kurang gangguan udara. Dalam bisnes, cari “lautan biru” untuk kurangkan persaingan dan rintangan. Usah bersaing dalam industri atau sektor yang penuh sesak.

5. Pesawat boleh terbang terbalik. Bagaimanapun, fly-by-wire menghalang pilot buat kerja gila itu dengan pesawat penumpang. Sewaktu berbisnes, usah buat kerja gila yang boleh memudaratkan orang lain.

6. Walaupun penerbangan kelihatan merbahaya, namun jika dapat latihan dan sentiasa berwaspada, insya-Allah selamat. Pastikan kita belajar ilmu-ilmu bisnes dan sentiasa beringat.

7. Sewaktu terbang, pilot mesti pastikan ada lapangan terbang untuk mendarat jika kecemasan. Dalam bisnes, kita mesti tahu apa nak buat jika perancangan tak menjadi.

8. Walaupun tahap kemalangan pesawat jauh lebih rendah dari kenderaan lain, persiapan keselamatan penerbangan lebih terperinci. Walaupun industri kita tak berisiko tinggi, buat persiapan untuk hadapi perkara tak dirancang.

9. Pesawat boleh terbang dengan satu enjin saja atau tanpa enjin. Apa yang penting ialah pilot usah gelabah jika berlaku kecemasan. Dalam bisnes, kita mungkin hilang staf utama atau kontrak penting. Usah gelabah. Buat keputusan dengan tenang - seperti pilot hadapi kecemasan.

10. Walau betapa tinggi pun pesawat terbang, akhirnya ia mendarat. Ada kala, pilot terpaksa buat “go-around” untuk keselamatan penumpang, walaupun tayar pesawat sudah hampir cecah landasan. Dalam bisnes, pastikan ada exit plan. Sama ada bisnes kita menjadi atau bungkus, buat pelan untuk keluar.
Belajar 10 Ilmu Bisnes Dari Pilot. Belajar 10 Ilmu Bisnes Dari Pilot. Reviewed by Ameno World on Saturday, October 20, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.