P.Ramasamy Dikritik Pencinta Sejarah Melayu Kerana Cuba Klaim Keagungan Nusantara Jasa India.

Oleh : Srikandi

Sejarah Yang Agung Memanglah Orang Terhegeh-hegeh Nak Klaim

Kalau kita takde sejarah yang boleh dibanggakan, tiada siapa nak tuntut sejarah tu. Tambahan pula kita takde tanahair yang subur, kita takde selat paling sibuk dalam dunia. Takde sape yang nak pandang kita. Mungkin jeling pun tak.


Tapi masalahnya sekarang kamu ada sejarah hampir 1000 tahun empayar maritim yang terkenal serata dunia. Kamu ada peradaban berteknologi peleburan besi yang lebih tua dari segala bagai peradaban di Asia Tenggara. Kamu juga duduk di selat paling tersibuk dalam dunia, pertemuan dunia Timur dan Barat, yang memisahkan Lautan Hindi dan Laut Champa. Kamu ada tanahair yang sangat subur, yang penuh galian mineral bagai.

Kamu duduk di garisan khatulistiwa, yang mana iklimnya panas dan lembab sepanjang tahun, tempat paling ideal untuk kehidupan manusia. Kamu duduk di satu kawasan yang setakat ini masih di luar Lingkaran Api Pasifik sejak zaman berzaman. Kamu duduk di satu kawasan yang angin taufan ditampan oleh kepulauan Filipina dan pulau Sumatera.

Kamu bagaikan hit the jackpot!

Sebab itu, memanglah segala bangsa dalam dunia ni berebut-rebut ruang dalam tanahair kamu. Masalahnya kamu ni masih ramai... pribumi sini. Perlembagaan pulak sahkan kamu semua ni sebagai pribumi. Pribumi ni pulak telah dilindungi hak-hak yang tertentu. Hak sebagai Bumiputra.

Kamu mendapat perlindungan sebegini, digelar Bumputra sebab SEJARAH kamu tu. Itu bezanya. Kamu ada sejarah di sini lebih valid dan lebih tua dari sekian banyak yang mendatang itu.

Maka adalah penting untuk meracun sejarah kamu, putaq punya putaq sampai terbelit dan bikin kamu keliru. Dengan harapan kamu mengakui kamu adalah pendatang, mereka pulak pribumi dan dengan itu kamu dengan senang hati menyerahkan segala apa yang ada di tangan kamu kepada mereka itu. Benda ni bukan sains roket ke apa, hukum rimba menyatakan siapa bodoh pasti kena buli, pasti kena pijak. Kena tipu.

Untuk menghindarkan diri kita untuk menjadi bodoh sampai kena tipu, wajiblah belajar untuk menjadi cerdik. Foto pertama itu ada satu ceramah arkeologi bertempat di Dewan Kuliah T berdekatan Perpustakaan Hamzah Sendut I di USM. Tarikhnya 26 Oktober 2018. Boleh baca selanjutnya di situ. Mai lah datang beramai-ramai.




Foto kedua itu pulak adalah usaha 'try hard' mereka untuk 'mengklaim' begitu dan begini dari sejarah kamu. Ini disebabkan sejarah kamu yang agung dan kamu dikurniakan tanahair yang menggiurkan sesiapa saja.

Jangan ada yang pergi ceramah yang ni pulak. Pakar kita pun dah bagi penjelasan tu. Anda pasti diputaq dan diputaq sampai terkencing.
P.Ramasamy Dikritik Pencinta Sejarah Melayu Kerana Cuba Klaim Keagungan Nusantara Jasa India. P.Ramasamy Dikritik Pencinta Sejarah Melayu Kerana Cuba Klaim Keagungan Nusantara Jasa India. Reviewed by Ameno World on Monday, October 22, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.