Syafiq Farhain Kecewa Komen Hina Kematian Anggota Bomba.

Penyanyi Syafiq Farhain menyelar tindakan netizen yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) anggota bomba ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang lemas di Taman Putra Perdana pada Rabu.


Syafiq, 24, berkata kesemua anggota terlibat adalah daripada unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang profesional dalam operasi seumpama itu.



"Berita ini memang sangat mengejutkan lebih-lebih lagi ada antara mereka yang terkorban itu saya kenal.

"Namun sangat menyedihkan apabila ada individu yang mengecam SOP bomba sedangkan dia langsung tidak tahu apa yang berlaku apabila kami menyertai operasi menyelamat,”
katanya kepada mStar Online.

Tegas penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini, operasi pasukan bomba akan disertai anggota daripada unit-unit tertentu mengikut kes.

"Mereka bukan anggota biasa, semuanya dari unit skuba. Mereka tahu apa yang dilakukan sebelum menyertai operasi.

"Bukan semua anggota bomba mempunyai kepakaran yang sama. Saya sendiri tiada ilmu dalam bidang itu (skuba),"
katanya.

Pada Rabu, enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki di sebuah lombong.

Anggota bomba yang terlibat ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Pasukan berkenaan turun ke lombong tersebut pada pukul 9.15 malam Rabu dalam keadaan hujan renyai bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong tersebut ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

Kesemua mangsa bergelut kira-kira 30 minit, dengan anggota di darat segera membantu menaikkan mereka ke tebing namun kesemua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. - SEMbaNGPress @Mstar Online
Syafiq Farhain Kecewa Komen Hina Kematian Anggota Bomba. Syafiq Farhain Kecewa Komen Hina Kematian Anggota Bomba. Reviewed by Ameno World on Monday, October 08, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.