Review Polis Evo 2.

Oleh : Akhi Fairuz
 

Polis Evo 2 ni boleh aku ibaratkan seperti filem Munafik 2 yang digabungkan dengan Paskal.

Munafik 2 (khurafat, ajaran sesat) + Paskal (aksi, demi negara) = Polis Evo 2 👈 begitulah kira-kiranya.

Lupakan terus Polis Evo yang pertama. Filem yang pertama dahulu nampak main-main, tak serius serta orang jahat senang sangat kalah. 




Kali ini, Inspektor Sani dan Khai perlu berhadapan dengan satu kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Al-Minas, lebih merbahaya, tersusun dan memiliki anggota yang ramai, lengkap bersenjata.

Al-Minas ni pula, janganlah kau kata ia represent as a muslim terrorist. Seawal filem sudah disebutkan oleh wartawan yang mereka ini ajaran sesat dan mengedar dadah, bukan mewakili mana-mana agama.

Aku fikir pihak yang menuduh Polis Evo 2 sengaja paparkan 'watak' orang Islam sebagai pengganas amatlah terburu-buru, dek mendapat maklumat separa masak dari trailer dan sinopsis filem.

Polis Evo 2 mahu mengangkat PDRM di satu tahap yang tertinggi. Bukan senang nak hasilkan filem aksi yang berdurasi lebih 2 jam ini. Pastinya, ia garapan pengarah yang betul-betul faham, aksi bagaimana yang dimahukan penonton.

Jadi, bolehlah aku simpulkan pengarah Polis Evo 2 bukan level suam-suam kuku, tapi sama level si Adrian Teh, pengarah filem Paskal.

Sekarang, aku nak ulas bab lakonan. Ternyata, untuk Polis Evo 2, lakonan Zizan Razak semakin banyak berkembang. Lucunya tetap ada, babak sedih dirasai (walau aku tergelak), ketangkasan menggunakan senjata nampak real.

Shaheizy Sam pula memang power lakonannya kali ini. Emosi, aksi, berlawan kombat, semuanya mantap! Tubuh badan beliau pun semakin sasa. Nampak lebih serasi dengan Zizan kali ni. Dah macam partner yang betul dalam dunia kepolisian.

Bagaimana pula dengan ketua pengganas? Aku kira, Hasnol Rahmat berjaya bawa watak ini dengan baik. Maklumlah, beliau salah seorang pelakon senior yang setaraf Namron.

Lakonan Raline Shah juga power. Aktres dari Indonesia ini benar-benar menjiwai watak sebagai seorang anggota polis Indonesia yang membantu polis di Malaysia.

Beginilah, semua watak betul-betul memberikan lakonan yang baik termasuklah Hairul Azreen, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Nawsip serta 200 penduduk kampung yang dijadikan tawanan.

Cuma, filem yang sehebat ini tetap ada kelemahan. Mari aku senaraikan,

1. Orang jahat mati, namun kesombongan dialog ketua pengganas tidak dijawab dalam filem ini. Banyak ungkapan yang merujuk dirinya hebat, menjadi pilihan Tuhan dan lain-lain dibiarkan begitu sahaja.

Seeloknya sebelum ditembak, Inspektor Sani kena jawab dahulu, "apa yang Tuhan bagi pada mung itu dipanggil istidraj. Tuhan nak bagi mung lebih sesat hingga jadi sombong seperti Firaun dan Namrud." Kalau ada skrip tu mesti best. Lepas tu, kau nak tembak berapa das tembakan pun ok. Tak ada masalah.

2. Banyak watak penting mati. Paling aku tak boleh terima, watak Mat Dan (Syafie Nawsip) dan Hairul Azreen (anggota pasukan khas PDRM. Dalam otak masih terbayang dia ni ketua team Alpha Paskal 😅). Patutnya biarkan mereka hidup untuk Polis Evo 3 pula.

3. Ending yang kurang memuaskan. Betul, penjahat semua mati. Tapi buatlah sedikit majlis meraikan pengorbanan anggota polis yang melaksanakan misi yang getir ini. Beri anugerah pada keluarga anggota polis yang terkorban dan naikkan pangkat Inspektor Khai dan Sani.

Aku rasa cukuplah review Polis Evo 2 ni. Walau ada sedikit kelemahan, tapi percayalah cakap aku, ia sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton.

Jadi, aku boleh bagi 8.5/10 bintang.

Selamat menonton ya. Jom sama-sama support filem tempatan. Tag kawan-kawan dan orang tersayang untuk tonton bersama.
Review Polis Evo 2. Review Polis Evo 2. Reviewed by Ameno World on Tuesday, November 20, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.