Review Drama Flasify Aka Disorted.

DRAMA K | Nam Gung Min yang semakin terkenal selepas melakonkan watak jahat dalam drama Remember meneruskan kecemerlangan di dalam drama ini.

Beliau berjaya melakonkan watak seorang wartawan portal berita online yang tidak terikat dengan etika kerja kewartawanan dengan baik.


Han Moo Young sebenarnya adalah seorang atlet yang mempunyai masa depan yang cerah dan berada di dalam pasukan kebangsaan namun segala cita-citanya musnah selepas didapati bersalah kerana mengambil dadah terlarang.

Sebenarnya Moo Young telah difitnah. Insiden itu adalah bertujuan untuk mengugut Han Chul Ho yang juga abang kandung kepada Moo Young.

Chul Ho kemudiannya mati dibunuh selepas memutuskan untuk menjadi whistle blower dalam membongkarkan kejijikan bidang kewartawanan yang ramai orang tidak tahu apa yang berlaku disebalik setiap laporan-laporan berita yang tersiar.

Kematian Chul Ho ini tidak sahaja memangsakan adiknya Moo Young bahkan seorang wartawan senior yang namanya meningkat naik ketika itu, Lee Seok Min, yang juga rakan baik kepada Chul Ho dan Kwon Sa Ra.

Seok Min diturunkan pangkat dan ditukarkan jabatan manakala Sa Ra dipindahkan ke kawasan luar bandar. Sa Ra ialah pendakwaraya yang bertanggungjawab membongkarkan kisah yang ingin didedahkan Chul Ho.

Moo Young juga hampir mati dibunuh ketika membongkarkan kematian abangnya berlandaskan undang-undang dan peraturan sedia ada.

Bagaimanapun pengalaman pahit itu membuatkan Moo Young serik dan beberapa tahun telah berlalu akhirnya Moo Young semakin matang dalam permainan golongan berkuasa dan mengikut rentak mereka bagi membongkarkan perkara jahat yang berlaku disebaliknya.

Kes ini bermula apabila Chul Ho dipujuk (sebenarnya didorong) untuk mengubahsuai beberapa fakta dalam laporan berita berdasarkan arahan pihak atasan bagi mempengaruhi orang ramai yang mengikuti perkembangan berita itu.

Ada laporan yang sengaja direka untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

Ada fakta yang sengaja tidak dilaporkan bagi menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan masyarakat.

Ada info yang dipalsukan supaya masyarakat didorong untuk berasa marah dan terpengaruh dengan sentimen sehingga mengabaikan hal sebenar yang perlu diberikan perhatian.

Chul Ho yang seakan tersedar dari tindakannya itu menyebabkan ada pihak yang teraniaya akhirnya memutuskan untuk menjadi whistle blower. Namun belum sempat beliau membongkarkan hal sebenar kepada masyarakat, Chul Ho akhirnya dibunuh.

Polis mengklasifikasikan kematian Chul Ho sebagai kes langgar lari, yang membuatkan Moo Young amat marah kerana tahu abangnya sebenarnya telah dibunuh.

Selain menuntut bela di atas kematian abangnya, Moo Young juga mahu membongkarkan konspirasi golongan atasan yang berselindung disebalik watak baik.

Bagaimanapun Moo Young melupakan etika dan adab kewartawanan ketika mahu mengajar penjahat dalam setiap laporan-laporan beritanya yang menyebabkan beliau berbeza pendapat dengan Sa Ra dan Seok Min.

Moo Young juga sedikit demi sedikit mula mengetahui abangnya Chul Ho sebenarnya terlibat secara langsung dalam memalsukan beberapa fakta penting dalam setiap artikel-artikel pemberitaannya yang membuatkan beliau berkonflik dengan Seok Min. 

Drama ini suspen dari awal hingga akhir. Setiap plot disambungkan secara tersusun antara satu sama lain dan dihuraikan dengan baik. Sisi hitam disebalik bidang kewartawanan berjaya dikupas secara mendalam dan meninggalkan kesan emosi ke atas penonton. 

Drama ini bercorak misteri dan penyiasatan. Sesetengah babak mendorong anda berfikir dan sesuai jika anda mahukan drama aksi dan lari dari kebiasaan bagi menghabiskan cuti hujung minggu anda.

Pautan drama ini tidak akan disertakan namun drama Korea dengan mudahnya boleh ditonton menerusi beberapa website seperti solarmovie dan kissasian.

Watak utama

Nam Gong Min : Han Moo Young
Yun Jun Sang : Lee Seok Min
Uhm Ji Won : Kwon Sa Ra
Moon Sung Geun : Koo Tae Won
Jeon Hye Bin : Oh Yoo Kyung
Jo Hee Bong : Yang Dong Sik
Review Drama Flasify Aka Disorted. Review Drama Flasify Aka Disorted. Reviewed by Ameno World on Thursday, January 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.